• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berhenti Main Politik, Tumpu Masalah Rakyat – Bung Moktar

oleh
28/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Semua pihak terutama pemimpin diminta berhenti bermain politik selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sah membentuk kerajaan negeri berikutan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sekarang adalah masa untuk menumpukan usaha menyelesaikan masalah rakyat dan negeri.

Katanya, GRS komited untuk menyegerakan usaha memulihkan Sabah dan memberi perhatian kepada agenda membantu rakyat selepas berjaya mengambil alih kerajaan daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN).

“Selesai sahaja Ketua Menteri yang baharu angkat sumpah, kita akan memulakan langkah kita untuk memastikan rakyat mendapat perhatian daripada kerajaan.

“Kita tidak mahu lagi bermain politik kerana mesti menumpukan perkara penting memikirkan masalah negeri Sabah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Sabah mengulas sokongan sebulat suara terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor yang dinamakan sebagai Ketua Menteri baharu.

Bung Moktar berkata, GRS bersetuju menyokong Hajiji mengetuai kerajaan baharu Sabah bagi memulihkan negeri ini selepas kira-kira dua tahun di bawah kerajaan WARISAN.

“Kami membuat persetujuan atas dasar kesedaran dan keyakinan bahawa kerajaan baharu yang ditubuhkan itu mampu memulihkan semangat rakyat Sabah yang selama ini hilang disebabkan oleh pemerintahan kerajaan yang tidak prihatin kepada rakyat.

“Ia tanggungjawab yang besar kepada negeri ini tetapi dengan kerjasama semua pihak kita yakin dapat melaksanakannya,” katanya.

Sementara itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata pihaknya menyokong siapa saja yang dilantik oleh GRS sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Kita tiada masalah untuk menyokong siapa saja yang dipilih untuk menjadi Ketua Menteri kerana yang penting kita sudah berjaya membentuk kerajaan negeri,” katanya.

Sokongan sama turut disuarakan pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) selain menafikan yang parti itu mahu bekerjasama dengan WARISAN selepas khabar angin mengenainya tersebar sejak semalam.

Pemilihan Hajiji sebagai Ketua Menteri dimaklumkan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu selepas mengadakan pertemuan tertutup GRS hari ini.

Semua ADUN GRS dijangka hadir pada majlis angkat sumpah Ketua Menteri di Istana Negeri yang dijadualkan pada jam 10.30 pagi esok. – myMetro Online

Tags: Bung Moktar Radingabungan rakyat sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan RM12.7 Bilion Percepat Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo

29/05/2022
0

TONGOD: Kelulusan peruntukan RM12.7 bilion bagi membina 19 lagi pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo akan membantu mempercepatkan pelaksanaan...

SPRM Ada Cukup Bukti Dakwa Bung Moktar, Isteri

09/05/2022
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu bahawa wujud keterangan mencukupi untuk mendakwa Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd