• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliff Aziz Dipenjara 2 Minggu

oleh
15/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Penyanyi dan pelakon kontroversi Aliff Aziz dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Negara Singapura selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai. Aliff mengaku bersalah di mahkamah itu hari ini atas dua pertuduhan itu pada 7 Ogos lalu. 

Menerusi kertas pertuduhan yang dibacakan, Aliff didakwa mencuri wang sebanyak RM915 dan RM285 milik pelakon dan ahli politik Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri di dalam bilik hotel di Nanson Road berdekatan Havelock Road, Singapura.

Mereka dikatakan bertemu bagi membincangkan bagaimana Yunika boleh membantu Aliff mengembangkan kerjayanya di Indonesia. 

Sekitar jam 1 pagi, Yunika dikatakan ke bilik lain untuk berehat dan meninggalkan beg tangannya berhampiran Aliff. 

Namun ketika Aliff meninggalkan bilik, Yunika mendapati sejumlah wang tunai dalam beg tangannya hilang. Ketika menghubungi penyanyi itu, Aliff menafikan mengambil wang terbabit dan membuat laporan polis. Timbalan Pendakwa Raya, Sarah Siaw berkata, Aliff kemudian mengakui mencuri wang itu kerana terdesak memerlukan wang.

Dia juga mengaku wang yang dicuri digunakan untuk membeli makanan dan membayar pengangkutan. Sementara itu, dalam kes berbeza, Aliff didapati mabuk di bawah jambatan pusat beli-belah Orchard Towers pada jam 5.30 pagi pada 10 November tahun lalu. 

Ketika kejadian, seorang pegawai polis melihat dia menjerit dengan kuat dan memberi isyarat kepada seseorang. Sarjan Theodore Lee meminta Aliff untuk bertenang dan dia mematuhinya sebelum berlalu pergi dan melakukan perkara serupa kira-kira satu jam kemudian. 

Kali ini, Aliff didakwa berjalan menuju ke sebuah teksi dan menyepak ‘bumper’ teksi berkenaan tetapi tiada kerosakan berlaku.

Aliff mula dikenali sebagai penyanyi pada 2007 selepas memenangi Singapore Idol versi Suria saluran Melayu iaitu Anugerah.

Penyanyi lagu Sayang Sayang itu menjadi perhatian tahun lalu kerana isu curang dengan isterinya yang juga penyanyi dan pelakon Malaysia, Bella Astillah. 

Pasangan yang berkahwin pada 2016 itu berpisah pada 16 Mei tahun lalu, namun kembali rujuk dalam tempoh edah. 

Dalam pada itu, usaha menghubungi Bella tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak dijawab. – myMetro Online

Tags: Aliff AzizHukuman PenjaraSingapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tempahan Proton X50 Dibuka Esok

Next Post

23 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini, Termasuk 13 Di Sabah

Related Posts

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

19/05/2025
0

KLANG – Pendakwah selebriti, PU Azman bernasib baik, apabila dikenakan hukuman penjara 12 tahun berbanding 24 tahun yang dijatuhi Mahkamah...

Hukuman Penjara Lelaki Bunuh Anak Kekasih Kekal

Hukuman Penjara Lelaki Bunuh Anak Kekasih Kekal

06/02/2025
0

Putrajaya : Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan terhadap seorang bekas kontraktor kerana membunuh...

Next Post

23 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini, Termasuk 13 Di Sabah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd