• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Al-Sultan Abdullah Masih Jalani Rawatan Susulan Di IJN

oleh
28/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menjalani rawatan keracunan makanan dan intervensi di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lepas, kini masih menerima rawatan susulan di pusat rawatan itu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata, rawatan keracunan makanan dilakukan sejak Seri Paduka dimasukkan ke pusat rawatan itu, pada 21 September.

Beliau berkata rawatan untuk intervensi pula dilakukan susulan pengimejan MRI pada 22 Sept, yang menunjukkan kecederaan yang dialami oleh Al-Sultan Abdullah, ketika bersukan.

“Seperti sedia maklum, Seri Paduka sangat aktif berkecimpung dalam beberapa jenis sukan, antaranya polo berkuda, bola sepak, skuasy, hoki dan golf.

“Rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali Al-Sultan Abdullah berlangsung dengan jayanya pada 24 September, dan Seri Paduka kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan,” katanya. 

Ekoran rawatan intervensi itu, Seri Paduka dinasihatkan menjalani rawatan susulan dengan pengawasan rapi pasukan Pakar Perubatan IJN.

Al-Sultan Abdullah dijadual berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat, setelah selesai menjalani rawatan susulan itu, kata Ahmad Fadil.

Dalam kenyataan itu, Ahmad Fadil turut memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa kebimbangan dengan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di negara ini, yang melepasi tiga angka sejak semalam.

Kementerian Kesihatan dalam Twitter hari ini memaklumkan sejumlah 115 kes baharu COVID-19 dilapor hari ini, dengan jumlah kumulatif kes melebihi 11,000. Semalam jumlah kes baharu yang dilapor ialah 150 kes.

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka juga menyatakan kebimbangan berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di Semenanjung, ekoran jangkitan mereka yang pulang dari Sabah yang telah merekodkan 36 kes sejak 20 September hingga semalam.

Sehubungan itu, katanya Seri Paduka menasihatkan agar rakyat menjaga kesihatan diri masing-masing dan sentiasa berwaspada, serta mematuhi ketetapan oleh kerajaan dan tatacara norma baharu, berikutan situasi semasa jangkitan virus COVID-19 di Malaysia yang kian meningkat.

Katanya seluruh rakyat turut diseru, bersama-sama mendoakan agar Al-Sultan Abdullah dikurniakan kesembuhan dengan segera dan kesihatan berpanjangan.

Al-Sultan Abdullah dimasukkan ke Wad Diraja IJN Isnin lalu, selepas Seri Paduka mengadu kurang selesa dengan kesihatannya dan Yang di-Pertuan Agong dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor. – BERNAMA

Tags: Al-Sultan AbdullahIJNYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

115 Kes Baharu Covid-19

Next Post

COVID-19: Kluster Apas Dikesan Di Selangor

Related Posts

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini berada...

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka...

Next Post

COVID-19: Kluster Apas Dikesan Di Selangor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd