• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undang-Undang Tangani Kes Hina Mahkamah Dikaji

oleh
04/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji keperluan untuk menggubal undang-undang khusus bagi menangani kes-kes menghina mahkamah di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata Jabatan Peguam Negara sedang menjalankan kajian dengan membuat perbandingan terhadap undang-undang di beberapa negara seperti di India, United Kingdom dan Singapura.

“Kerajaan juga akan mendapatkan input daripada semua pemegang taruh yang berkepentingan mengenai perkara ini,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Liew Vui Keong (Warisan-Batu Sapi) sama ada kerajaan bercadang memperkenalkan undang-undang khas bagi menangani kes menghina mahkamah yang kian meningkat terutama di media sosial.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata Jabatan Peguam Negara telah mengkaji perkara itu sejak tahun 2010 dan draf telah disiapkan pada 2013 serta dirujuk kepada pihak mahkamah.

Takiyuddin berkata pada 2016 draf rang undang-undang itu telah berada di peringkat pengesahan oleh Bahagian Gubalan Jabatan Peguam Negara.

“Namun setahun sebelum itu …Kementerian Dalam Negeri telah membuat pindaan terhadap Akta Hasutan yang juga melibatkan perkara penghinaan mahkamah …oleh itu, perkara berkenaan telah dikaji semula oleh kerajaan untuk menyelaras dengan pindaan yang dibuat,” katanya.

Jelasnya, pada masa ini mahkamah menggunakan prinsip common law, Akta Undang-Undang Sivil 1956 di samping beberapa peruntukan lain seperti Perkara 126 Perlembagaan Persekutuan bagi menangani kes menghina mahkamah.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Liew berhubung kunjungannya serta beberapa lagi pemimpin menemui Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam keputusan kes mahkamah Ahli Parlimen Pekan itu, Takiyuddin berkata ia bukan sesuatu yang luar biasa.

“Pada masa dahulu ketika (Ahli Parlimen) Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dikenakan tindakan oleh parti dan mahkamah, presiden PAS pada masa itu telah berkunjung menziarahi (Anwar) ketika itu (Ahli Parlimen) Permatang Pauh. Jadi, itu amalan biasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: hina mahkamahundang-undang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Tertakluk Pematuhan Undang-Undang Sedia Ada, Surat Aku Janji – AGC

Penjawat Awam Tertakluk Pematuhan Undang-Undang Sedia Ada, Surat Aku Janji – AGC

23/07/2025
0

SHAH ALAM - Penyertaan penjawat awam dalam perhimpunan awam adalah tertakluk kepada pematuhan undang-undang sedia ada, termasuk arahan daripada pihak...

Gubal Undang-undang Pastikan Kerajaan Kekal Hingga Akhir Penggal – Ahmad Zahid

Gubal Undang-undang Pastikan Kerajaan Kekal Hingga Akhir Penggal – Ahmad Zahid

13/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Satu undang-undang khusus perlu digubal bagi membolehkan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU), mentadbir dan bertahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd