• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukuk Digital Pertama Malaysia Bernilai RM500 Juta Dilancar

oleh
18/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sukuk Prihatin patuh syariah bernilai RM500 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah dilancarkan hari ini, yang merupakan sukuk digital pertama Malaysia.

Majlis perasmian Sukuk Prihatin di Kementerian Kewangan itu disaksikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Muhyiddin dalam ucapannya berkata terbitan sukuk itu merupakan hasil permintaan pelbagai pihak untuk turut membantu dalam usaha pemulihan negara yang mana ia boleh dilanggan oleh orang awam dan sektor korporat secara dalam talian.

“Saya terharu kerana kerajaan telah menerima tawaran dari rakyat yang jujur dan ikhlas yang ingin membantu kerajaan untuk menyokong pemulihan ekonomi negara,” katanya pada majlis perasmian sukuk itu.

Beliau berkata hasil terbitan Sukuk Prihatin akan disalurkan kepada beberapa inisiatif yang telah dikenal pasti termasuk usaha meningkatkan kesalinghubungan kepada sekolah-sekolah luar bandar, menampung geran penyelidikan penyakit-penyakit berjangkit di samping membiayai perusahaan kecil dan sederhana serta mikro terutama usahawan wanita.

Pada majlis perasmian tersebut, Seri Paduka berkenan menjadi pelabur terawal untuk sukuk berkenaan. – BERNAMA 

Tags: PENJANASukuk Prihatin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Syarikat Dalam ‘Senarai’ SPRM Kes Tipu Dana PENJANA

Ratusan Syarikat Dalam ‘Senarai’ SPRM Kes Tipu Dana PENJANA

16/05/2023
0

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ratusan lagi syarikat dikenal pasti terbabit dalam kes tuntutan palsu berkaitan...

Sukuk Prihatin Hasil Semangat Rakyat Bantu Pulih Ekonomi

18/08/2020
0

PUTRAJAYA - Terbitan Sukuk Prihatin bernilai RM500 juta yang dilancarkan hari ini adalah hasil semangat yang ditunjukkan rakyat yang ingin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd