• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senarai Rundingan Terus Diumum Atas Dasar Telus – Tengku Zafrul

oleh
27/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini menegaskan bahawa tindakan mengumumkan senarai projek-projek perolehan kerajaan secara runding terus di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), dibuat atas dasar mendokong ketelusan.

Sehubungan itu, beliau berkata, isu berkenaan tidak wajar untuk dipolitikkan.

“Tiada salahnya melakukan rundingan terus bagi projek terbabit mengikut Seksyen 6 (1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972). Selain itu, terdapat dasar berkaitan yang membolehkan justifikasi bagi rundingan terus itu.

“Bagi saya, ini cuma fakta dan menggambarkan apa yang telah ditandatangani berdasarkan data (surat lantikan atau surat setuju terima (LOA) yang dimeterai) yang kita ada di Kementerian Kewangan (MoF)…ini tidak sepatutnya dijadikan satu isu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Dana Penjana Nasional di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Kewangan mengeluarkan senarai kementerian dan jabatan yang mendapat kelulusan 101 projek kerajaan yang diperoleh secara runding terus (RT) bernilai RM6.61 bilion yang diluluskan ketika pentadbiran PH.

Menurut Tengku Zafrul, sebagai mewakili rakyat, beliau hanya menjawab persoalan yang diajukan kepadanya di persidangan Dewan Rakyat itu.

“Bagi saya (senarai tersebut) adalah fakta dan kita tidak bercakap (menyentuh) mengenai siapa yang berunding mengenainya dan sama ada ia dibuat mengikut terma LOA, namun ia ditandatangani ketika pentadbiran PH,” tegasnya.

Malah, kata beliau, isu seperti bila rundingan terbabit dimulakan adalah sesuatu yang boleh dijelaskan oleh sesiapa sahaja.

“Tetapi bagi saya itulah faktanya dan ini yang berlaku ketika pentadbiran PH,” katanya. – BERNAMA

Tags: pakatan harapanrundingan terusTengku Zafrul Tengku Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

21/11/2021
0

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak. Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd