• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Ahli Perlu Akur Bung Moktar Ketuai PRN Sabah

oleh
19/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Semua ahli parti perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung pelantikan Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Ketua Jentera Pilihan Raya parti itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan hadapan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Presiden parti telah pun membuat kenyataan berhubung perkara itu dan keputusan tersebut adalah keputusan parti.

“Jadi saya harap semua ahli dapat mengetepikan agenda sendiri dan kepentingan diri kerana yang bertanding bukan individu tetapi parti.

“Saya harap apabila Presiden mengumumkan keputusan parti dan semua pihak perlu akur dengan keputusan itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2020 di Seri Pentas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung ketidakpuasan hati beberapa pemimpin UMNO di Sabah dengan pelantikan itu.

Malam tadi beberapa pemimpin Sabah yang diketuai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Rahman Dahlan telah mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu dan mendakwa pelantikan tersebut melanggar autonomi UMNO negeri itu.

Menurutnya, keputusan tersebut tidak dibincangkan dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian Sabah dan ia disifatkan melanggar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah diluluskan pada perhimpunan Agung UMNO 2019 di mana keputusan berkaitan hal ehwal Sabah sepatutnya dibincang dan diputuskan di peringkat kepimpinan UMNO Sabah antaranya soal hala tuju, kepemimpinan negeri termasuk calon Ketua Menteri Sabah sekiranya UMNO adalah parti yang memenangi kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) terbesar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Terdahulu, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa Barisan Nasional (BN) menyerahkan kepada Bung Moktar untuk menentukan calon Ketua Menteri selepas gabungan itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan diberi kuasa autonomi untuk membuat keputusan berhubung perkara itu. – Sinar Harian

Tags: Bung Moktar RadinPilihan Raya Negeri Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan RM12.7 Bilion Percepat Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo

29/05/2022
0

TONGOD: Kelulusan peruntukan RM12.7 bilion bagi membina 19 lagi pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo akan membantu mempercepatkan pelaksanaan...

SPRM Ada Cukup Bukti Dakwa Bung Moktar, Isteri

09/05/2022
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu bahawa wujud keterangan mencukupi untuk mendakwa Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd