• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mejar Antara 6 Didakwa Bantu Ahli Jenayah Terancang

oleh
27/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Seorang pegawai tentera berpangkat Mejar antara enam anggota penguat kuasa yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana membantu ahli kumpulan jenayah terancang di daerah ini antara Sept 2017 hingga April 2020.

Turut didakwa seorang anggota tentera berpangkat Sarjan dan empat anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal. 

Kesemua tertuduh iaitu Zaifol Abdul Hamid, 43; Mohammad Riduan Razali, 35; Hong Tiong Khim, 24; Mohd Ariff Mustapa, 54; Muhammad Safuan Taharin, 29; dan Saddam Hussen Ismail, 29; sekadar mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zahilah Mohammad Yusoff. 

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh. 

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan membantu ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Otong’ di daerah Kota Tinggi dari 28 Sept 2017 hingga April 2020.

Atas kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Putrajaya, Idham Abd Ghani dan Rohaiza Abd Rahman.

Peguam Lydiana Mansor mewakili Saddam Hussen dan Hong; Ahmad Yusri Ahmad Fuad mewakili Muhamad Safuan dan Zaifol; Farid Aziz mewakili Mohammad Riduan dan Jefri Jaafar mewakili Mohd Ariff.

Mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 2 Julai lepas, 51 anggota Geng Otong termasuk warga Indonesia dan Myanmar didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang sekali gus mendalangi sindiket penyeludupan migran, antara 2015 hingga tahun ini. – BERNAMA

Tags: anggota polisAnggota Tenterajenayah terancang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan untuk membanteras rasuah secara menyeluruh, sambil menyatakan kekecewaan terhadap kes...

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd