• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Benar Guan Eng Diikat Jamin RM1 Juta

oleh
07/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang, dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua orang penjamin.

Hakim Azura Alwi membenarkan Guan Eng, 60, membayar jaminan RM500,000 hari ini manakala bakinya hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada Isnin selain memerintahkan pasport antarabangsa dan diplomatik Ahli Parlimen Bagan itu diserahkan keada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah turut mengingatkan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan supaya tidak mengeluarkan sebarang komen yang akan subjudis terhadap kes itu.

“Apabila kes sudah didengar di mahkamah, adalah menjadi tanggungjawab masing-masing supaya tidak mengeluarkan apa-apa komen yang akan subjudis kepada kes ini. Aduan boleh dibuat kepada pihak tertentu sekiranya terdapat komen sedemikian,” kata Azura yang turut menetapkan 9 September untuk sebutan semula kes.

Berhubung permohonan pendakwaan supaya tertuduh melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada setiap minggu pertama setiap bulan, hakim berkata perkara itu tidak perlu, kerana jumlah jaminan yang ditetapkan adalah tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Wan Shaharuddin Wan Ladin mencadangkan wang jaminan RM2 juta dengan dua penjamin warganegara Malaysia  terhadap Lim dan memohon dokumen perjalanannya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Wan Shaharuddin berkata jumlah jaminan RM2 juta adalah munasabah memandangkan status tertuduh ketika melakukan kesalahan adalah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan dia juga telah melanggar kepercayaan yang diberikan terhadapnya.

“Mohon mahkamah mengambil kira jenis kesalahan dilakukan serta jawatan yang disandang oleh tertuduh ketika itu. Kesalahan rasuah diibaratkan sebagai ‘kanser’ kerana sesuatu tamadun masyarakat yang maju boleh musnah dengan sekelip mata dengan kesalahan rasuah ini. Malaysia boleh musnah dalam sekelip mata dengan adanya rasuah.

“Pihak kami juga berharap supaya mahkamah ini tidak terikat dengan keputusan Mahkamah Pulau Pinang sebelum ini yang tidak mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dalam kes rasuah (pembelian lot tanah dan banglo) dihadapi tertuduh,” katanya.

Wan Shaharuddin juga memohon tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan di dalam kes ini dan sekiranya terdapat aduan bahawa tertuduh mengganggu saksi berkenaan, pihak pendakwaan memohon jaminan yang diberikan kepada tertuduh dibatalkan oleh mahkamah. –  BERNAMA

Tags: Lim Guan Engrasuahterowong dasar laut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

6 Vaksin Covid-19 Dalam Percubaan Fasa Ketiga

Next Post

Isteri Guan Eng Hadir Ke Pejabat SPRM

Related Posts

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

12/06/2025
0

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) dalam proses merakam...

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

23/05/2025
0

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Next Post

Isteri Guan Eng Hadir Ke Pejabat SPRM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd