• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gesa 101 Projek Rundingan Terus Zaman PH Didedah

oleh
25/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS menggesa agar semua projek rundingan terus yang diluluskan Kementerian Kewangan semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini disenaraikan kepada umum.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia susulan kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam bahawa 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan oleh kementerian berkenaan ketika pentadbiran kerajaan PH.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air itu berkata, kenyataan itu pastinya mengejutkan rakyat kerana selama ini PH melaungkan prinsip tender terbuka, bahkan perkara itu turut dinyatakan dalam manifestonya.

“Lebih mengejutkan bila mana bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa semua projek tersebut telah diluluskan oleh Kabinet.

“Kenyataan beliau (bagaimanapun) telah dinafikan secara tegas oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri (Mohamed) Azmin Ali yang menyatakan perkara itu tidak melalui kelulusan Kabinet.

“Jika apa yang dikatakan YB Azmin benar, maka ini bermakna Lim (Guan Eng) telah melakukan suatu pembohongan dalam dewan yang mulia dan perkara ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan oleh YB (Datuk Seri) Shahidan Kassim esok,” katanya dalam kenyataannya hari ni.

Terdahulu, Tengku Zafrul membangkitkan perkara itu ketika penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-langkah sementara bagi pembiayaan kerajaan (penyakit koronavirus 2019) Covid-19 2020 di Dewan Rakyat semalam.

Pendedahan Menteri Kewangan itu membuatkan sidang menjadi gamat dan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula bangun dan berkata, dia terbuka jika senarai penerima tender rundingan terus itu didedahkan. – Sinar Harian

Tags: pakatan harapanPASrundingan terus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

PAS Sedia Terajui PN – Syahir

PAS Sedia Terajui PN – Syahir

30/12/2025
0

SHAH ALAM – Pas bersedia menerajui Perikatan Nasional (PN) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) susulan peletakan jawatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd