• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Penguat Kuasa MBSA Direman 7 Hari

oleh
12/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Empat penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan seorang individu dipercayai penjual rokok seludup, direman tujuh hari sehingga 18 Ogos ini.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan perintah reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, kira-kira jam 9.20 pagi ini.

Mereka yang direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Suspek berusia antara 41 hingga 45 sebelum itu dilihat tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira 8.40 pagi tadi dengan memakai baju lokap SPRM dan bergari.

Semalam, SPRM menahan empat pegawai penguat kuasa MBSA kerana disyaki melindungi premis perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh.

Pegawai penguat kuasa berusia itu turut disyaki mengutip dan menerima wang perlindungan secara bulanan RM300 hingga RM3,500 daripada peniaga dan premis tanpa lesen, termasuk kegiatan perjudian haram di sekitar daerah itu.

Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga penguat kuasa dari MBSA Cawangan Sungai Buloh dan seorang daripada MBSA Shah Alam.

Seorang peniaga rokok seludup keturunan Aceh yang tidak mempunyai sebarang dokumen, turut ditahan.

Menurut sumber, nilai sogokan terbabit yang dibayar kepada anggota penguat kuasa yang mengawasi kawasan itu, dipercayai bergantung kepada saiz premis dan jenis perniagaan yang dijalankan.

Antara premis yang membayar sogokan itu termasuk kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok, gerai yang menjalankan perniagaan di tempat tidak dibenarkan dan premis perjudian.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya yang mengesahkan penahanan pengawai MBSA itu, ketika dihubungi tidak menolak kutipan rasuah secara bersindiket berlaku dalam kalangan anggota penguat kuasa.

Ia susulan pendedahan yang dibuat pengusaha Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42 menerusi video yang tular mengenai kewujudan pusat judi haram online haram serta kedai runcit menjual rokok seludup. – BH Online

Tags: MBSArasuahRokok Seludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd