• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yuran Asrama, Perkhidmatan UA Dikurangkan Sehingga 15%

oleh
15/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad.

Katanya langkah itu melibatkan peruntukan berjumlah RM72 juta dengan RM20 juta telah dipersetujui secara bersama Kementerian Kewangan dan baki adalah menerusi peruntukan dalaman universiti.

“Seramai 523,318 penuntut universiti awam di seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada keputusan ini,” katanya ketika sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Noraini berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mengembalikan semula sebahagian daripada yuran yang telah dibayar penuntut memandangkan mereka tidak masuk ke kampus sejak Mac lalu akibat COVID-19. 

Noraini juga berkata pengurangan yuran terbabit dibuat selepas mengambil kira keluhan  pelajar dan ibu bapa yang menghadapi bebanan kewangan susulan penularan COVID-19.

Sementara itu, menjawab soalan asal Shamsul Iskandar mengenai kemasukan penuh penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) bagi memulakan pengajian pada Oktober, Noraini berkata IPT telah diberikan fleksibiliti untuk menentukan mod pembelajaran bersesuaian termasuk kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.

“Namun begitu, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Pada 8 Julai lalu, kerajaan bersetuju membenarkan kemasukan empat lagi kategori penuntut  IPT ke kampus secara berperingkat mulai bulan ini dan kemasukan sepenuhnya pada Oktober.

Bagi memastikan keputusan berkenaan dapat dilaksanakan dengan sempurna, Noraini berkata IPT dan semua penuntut hendaklah membuat persediaan yang diperlukan dari sekarang. – BERNAMA

Tags: Universiti Awam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penjara 20 Tahun, Denda RM150,000 Menanti Pemandu Mabuk

Next Post

Pemandu Mabuk: Kerajaan Usul Pinda Had Kandungan Alkohol

Related Posts

Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian

Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian

11/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian bertujuan untuk meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat mengenai keselamatan internet, akan dilaksanakan di...

Budak Perempuan 16 Bulan Maut Tertinggal Dalam Kereta

Budak Perempuan 16 Bulan Maut Tertinggal Dalam Kereta

25/10/2023
0

KUALA NERUS: Seorang budak perempuan berusia 16 bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kereta di sebuah universiti...

Next Post

Pemandu Mabuk: Kerajaan Usul Pinda Had Kandungan Alkohol

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd