• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Negara Tak Benar PATI Bebas Ketika Covid-19

oleh
06/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Segala bentuk tindakan yang diambil terhadap pendatang tanpa izin di negara ini adalah atas keperluan keselamatan dan kesihatan negara, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata semua negara di dunia tidak akan membiarkan pendatang tanpa izin bebas tanpa kawalan terutama ketika berdepan wabak termasuk pandemik COVID-19. 

Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus membantu Jabatan Imigresen dalam menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/1963.

“Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), PDRM juga akan terus melipatgandakan usaha mengawal sempadan darat dan laut daripada terus dibolosi oleh pendatang tanpa izin, dan dalam masa sama memastikan tiada penganiayaan terhadap pendatang tanpa izin yang ditangkap,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Hamid berkata demikian ketika diminta mengulas dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang diterbitkan oleh agensi berita asing Al Jazeera. 

Beliau turut menegaskan laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita tersebut yang mendakwa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin itu adalah tidak tepat dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh PDRM.

Bernama difahamkan satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Imigresen berhubung perkara itu. 

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani COVID-19.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata dakwaan itu adalah tidak berasas kerana Malaysia memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan untuk menyelamatkan orang ramai daripada COVID-19 tanpa mengira warganegara atau bukan warganegara. – BERNAMA

Tags: Abdul Hamid Badoral-jazeerapendatang tanpa izin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Al Jazeera Dituntut Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Next Post

Buka Sempadan Malaysia-Singapura Perlu Diselesai Menyeluruh

Related Posts

Saya Tidak Akan Berpaling Tadah Terhadap Tun Mahathir – Abdul Hamid Bador

Saya Tidak Akan Berpaling Tadah Terhadap Tun Mahathir – Abdul Hamid Bador

19/10/2022
0

Gerakan Tanah Air (GTA) mahu mencalonkan Tan Sri Abdul Hamid Bador bertanding di Parlimen Rembau bukan sesuatu yang memeranjatkan. Ikuti...

Operasi Besar-Besaran Pastikan Pendatang Tanpa Izin Divaksinasi

04/06/2021
0

SEMENYIH - Operasi besar-besaran menahan pendatang tanpa izin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi memastikan golongan itu mempunyai...

Next Post

Buka Sempadan Malaysia-Singapura Perlu Diselesai Menyeluruh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd