• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Moratorium Berakhir September – Tengku Zafrul

oleh
21/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tempoh moratorium bayaran balik pinjaman yang diputuskan selama enam bulan sebelum ini akan berakhir September depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagaimanapun berkata, kerajaan masih lagi berbincang dengan bank-bank tempatan untuk membuat pertolongan secara bersasar.

Menurutnya, antara contoh pertolongan bersasar yang dibincangkan adalah memanjangkan tempoh pembayaran sekali gus mengurangkan ansuran bulanan dan mengubah terma dan syarat serta mengurangkan kadar faedah sehingga peminjam stabil.

“Tapi buat masa ini kita harapkan peminjam berjumpa dengan bank-bank dan mendapatkan bantuan,” katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) sewaktu pertanyaan-pertanyaan menteri sama ada tempoh moratorium akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, sejumlah RM100 bilion telah diperuntukkan menerusi program moratorium tersebut.

Katanya, selepas sektor ekonomi kembali dibuka mulai 4 Mei lalu, rakyat dan peniaga sudah menjana kembali pendapatan mereka.

“Ada (peniaga) yang sudah boleh membayar semula pinjaman,” katanya. – Sinar Harian

Tags: moratoriumPinjaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Editor Buku Hina Jata Negara Berada Di Australia

Next Post

Tiada Lagi Perkataan Hasutan, Rasis, Biadab, Seksis – Speaker

Related Posts

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

24/02/2025
0

SHAH ALAM - Tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam...

Gagal Bayar Pinjaman, Mahkamah Tinggi Arah Jovian Bayar RM10 Juta Kepada Dua Syarikat

Gagal Bayar Pinjaman, Mahkamah Tinggi Arah Jovian Bayar RM10 Juta Kepada Dua Syarikat

11/07/2024
2

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, untuk membayar RM10 juta kepada dua pengarah...

Next Post

Tiada Lagi Perkataan Hasutan, Rasis, Biadab, Seksis - Speaker

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd