• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAB Tawar Diskaun 20% Kepada Guru, Pensyarah, Pelajar

oleh
08/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia Airlines Berhad menawarkan diskaun 20 peratus kepada guru sekolah dan pensyarah Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, bagi penerbangan domestik.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tawaran yang sama turut diberikan kepada pelajar yang menjadi ahli program MH Explorer, di laman sesawang syarikat penerbangan itu.

Mengulas lanjut beliau berkata, para guru dan pensyarah boleh mula menempah tiket penerbangan bermula dari 9 Julai hingga 10 Ogos bagi perjalanan pada 10 Julai sehingga 30 November ini.

“Diskaun boleh diperolehi melalui tempahan atas talian dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“…manakala bagi pelajar pula, diskaun boleh dinikmati sehingga 30 Nov ini atau sehingga tempoh keahlian tamat, mengikut syarat keahlian MH Explorer,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, persetujuan itu dicapai hasil perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Izham Ismail, mengenai harga tiket penerbangan untuk golongan itu.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pengurusan Malaysia Airlines atas kesudian menawarkan diskaun ini. Diharapkan syarikat penerbangan lain boleh turut serta, dalam usaha menurunkan harga tiket penerbangan,” katanya.

Menurutnya, tawaran istimewa itu bertujuan memudahkan mereka pulang ke kampus dalam waktu terdekat, memandangkan institusi pendidikan akan dibuka tidak lama lagi.

Mengenai Operasi Benteng, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, sejak 1 Mei hingga semalam, seramai 1,391 pendatang asing tanpa izin dan 235 tekong ditahan, kerana cuba menceroboh sempadan negara secara haram melalui lorong tikus.

PDRM telah menahan tujuh warga asing di sekatan jalan raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen semalam, katanya. – BERNAMA

Tags: Malaysia Airlinespenerbangan domestik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Parti Tak Laku: Kenyataan Menteri Bersatu Biadab

Next Post

PU Amin, PU Syed Gesa Boikot Sajat

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

Next Post

PU Amin, PU Syed Gesa Boikot Sajat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd