• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Adib Kesal Kenyataan Ketua Polis Negara

oleh
13/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang didakwa tidak menghormati dan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Koroner.

Dalam kenyataan bersama peguam keluarga Allahyarham Muhammad Adib hari ini memaklumkan barisan peguam telah diarahkan oleh bapa Allahyarham Adib untuk menjawab dan membetulkan fakta-fakta terpesong, tidak benar serta menyimpang yang diungkapkan oleh Abdul Hamid.

“Adalah tidak adil untuk Abdul Hamid merumuskan kononnya tiada keterangan yang dapat mengaitkan arwah Muhammad Adib dibunuh, hanya kerana dua orang pegawai bomba yang bersama Adib pada malam kejadian mengatakan mereka tidak nampak apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, Abdul Hamid cuba menggambarkan kononnya Allahyarham Muhammad Adib tidak diserang kerana tiada kesan kecederaan mempertahankan diri pada tubuhnya.

“Dakwaan ini sudahpun dijawab dengan jelas di dalam inkues dan tindakan Abdul Hamid menimbulkan semula perkara ini menunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak meneliti dan tidak faham kronologi kejadian kes ini berdasarkan keterangan dan bukti-bukti yang ada,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Mahkamah Koroner telah memberikan dapatannya tentang punca dan sebab kematian Allahyarham Adib.

“Memandangkan keputusan tersebut tidak pernah dicabar oleh mana-mana pihak melalui proses rayuan atau semakan yang sah, maka ianya adalah kewajipan polis untuk menjalankan siasatan bagi mencari siapakah dia ‘dua atau lebih orang’ yang menyebabkan kematian arwah Muhammad Adib.

“Justeru itu, kami dengan tegas menolak sebarang keperluan untuk siasatan semula punca kematian kononnya melalui satu ‘pasukan kajian semula’,” katanya.

Peguam keluarga Allahyarham Adib terdiri daripada Mohd Kamaruzaman A Wahab, Ahmad Taufiq Baharum, Syazlin Mansor, Mohd Zubir Embong, Mohd Tajuddin Abd Razak, Ahmad Lutfi Awang, Mohammed Zamri Ibrahim dan Yahaya Othman.

Barisan peguam itu turut memaklumkan keluarga Allahyarham Muhammad Adib meletakkan harapan yang sangat tinggi agar PDRM menjalankan siasatan dengan bersungguh-sungguh dan telus bagi mencari dan menangkap pembunuh arwah Adib sesuai dengan dapatan terperinci Mahkamah Koroner yang mengesahkan bahawa arwah mati dibunuh.

Dalam kenyataan Abdul Hamid sebelum ini memaklumkan pihaknya akan mencadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mewujudkan pasukan kajian semula bagi meneliti keterangan saksi berhubung kes Allahyarham Muhammad Adib.

Abdul Hamid berkata, ia susulan keterangan saksi yang diambil selepas Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian Allahyarham adalah akibat perbuatan jenayah.

Menurutnya, bagaimanapun selepas pihak polis mengambil keterangan termasuk dua anggota bomba yang berada paling dekat dengan Allahyarham mereka konsisten mengatakan tidak nampak arwah ditarik keluar dan dipukul.

Beliau berkata, banyak pihak yang membuat telahan maka polis bercadang menubuhkan pasukan kajian semula ini.

“Saya tidak ingin melengahkan, jika ada seorang saksi yang dapat meyakinkan kami bahawa dia nampak arwah Muhammad Adib ini ditarik, kami jalankan siasatan.

“Polis tidak bermain politik, saya inginkan kebenaran dan polis akan meneruskan siasatan serta saya ingin memuaskan hati semua pihak,” katanya.

Pada 27 September lalu, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu, selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya. – Sinar Harian

Tags: Ketua Polis NegaraMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Komplot Jatuhkan Kerajaan, Sabotaj Kestabilan Negara – Mohd Khalid

Polis Siasat Komplot Jatuhkan Kerajaan, Sabotaj Kestabilan Negara – Mohd Khalid

27/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan polis dan kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan konspirasi...

Ketua Polis Negara Bantu Mangsa Kemalangan

Ketua Polis Negara Bantu Mangsa Kemalangan

16/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd