• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalil Rasheed Bukan Graduan LSE

oleh
17/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak London School of Economics and Political Science (LSE) mengesahkan bahawa bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan (PGCE) Permodalan Nasional Bhd Jalil Rasheed yang memegang ijazah daripada University of London bukan graduannya.

“Berhubung latar belakang akademik Jalil Rasheed, penjelasan rasmi daripada pihak LSE mengesahkan bahawa seorang graduan yang memegang ijazah daripada University of London bukan merupakan seorang graduan daripada LSE.”

Ini dinyatakan dalam jawapan bertulis kepada soalan daripada Ong Kian Ming (PH-Bangi) yang meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan mengenai peletakan jawatan bekas PGCE PNB.

Maklumat yang diterima oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) bahawa latar belakang akademik dan pekerjaan yang dikemukakan oleh Jalil melalui PNB kepada badan tersebut tidak konsisten, pihak SC telah membuat inkuiri tentang perkara itu.

“Lanjutan daripada itu, SC telah mengadakan satu pertemuan dan perbincangan dengan Jalil pada 11 Jun 2020 untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada beliau.”

Pada 13 Jun 2020, Jalil telah menyerahkan surat peletakan kedua-dua jawatannya atas sebab peribadi.

“Peletakan jawatan ini telah diterima oleh Lembaga Pengarah PNB pada Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah pada Isnin 15 Jun 2020.” – BERNAMA

Tags: Jalil RasheedPNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PNB Umum Dividen ASB 5.00 Sen Seunit

23/12/2021
0

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan...

Merdeka 118 Cecah Paras Tertinggi Pada Tingkat 118

08/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Subsidiari milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), PNB Merdeka Ventures meraih satu peristiwa penting selepas menara ikoniknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd