• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Petugas Al Jazeera Selesai Beri Keterangan

oleh
10/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai enam kakitangan agensi berita antarabangsa Al Jazeera bersama enam peguam dilihat meninggalkan perkarangan Bukit Aman petang tadi selepas selesai memberikan keterangan berhubung penerbitan dokumentari kontroversi Locked Up In Malaysia’s Lockdown.

Kumpulan berkenaan dilihat keluar dari Bukit Aman kira-kira jam 3 petang dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V.

Bagaimanapun, cubaan pihak media yang menunggu seawal jam 9 pagi untuk mendapatkan sebarang kenyataan menemui jalan buntu apabila kumpulan berkenaan enggan ditemu ramah.

Difahamkan, kesemua individu yang tiba di Bukit Aman sekitar jam 8.50 pagi itu terdiri daripada penerbit, editor, wartawan dan jurukamera serta mereka yang terbabit dalam menerbitkan dokumentari kontroversi tersebut.

Kehadiran mereka untuk memberikan keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman susulan penerbitan dokumentari itu yang mempertikaikan kaedah pihak penguat kuasa menangani pendatang asing tanpa izin (PATI) sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika sidang media sebentar tadi mengesahkan kehadiran kumpulan berkenaan untuk diambil keterangan.

“Seramai enam kakitangan Al Jazeera hadir memberi keterangan di Bukit Aman pagi tadi bersama tujuh orang peguam. Seorang lagi individu yang bertanggungjawab memuat naik rakaman dokumentari tersebut pula hadir untuk memberikan keterangannya kira-kira jam 3 petang tadi,” katanya.

Kelmarin, polis memaklumkan sudah memanggil seramai empat saksi daripada pihak Al Jazeera untuk hadir memberi keterangan pada jam 10 pagi namun kumpulan berkenaan tiba di Bukit Aman lebih awal daripada masa ditetapkan dipercayai untuk mengelak liputan media.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed sebelum itu mengesahkan telah menerima sebanyak lima laporan polis berhubung penyiaran dokumentari berkenaan yang berat sebelah, tidak tepat dan memburukkan Malaysia dalam usaha mengekang pandemik Covid-19 membabitkan warga asing.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar. – Sinar Harian

Tags: al-jazeeraBukit Amanpendatang tanpa izin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

13 Kes Baharu Covid-19 Termasuk 8 Kes Import

Next Post

Had Pendapatan Garis Kemiskinan RM2,208 Lebih Tepat

Related Posts

Bukit Aman Kaji Langkah Tambahan Lindung Keselamatan Anggota Semasa Guna Kenderaan Pasukan

Bukit Aman Kaji Langkah Tambahan Lindung Keselamatan Anggota Semasa Guna Kenderaan Pasukan

14/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman dalam proses mengenal pasti langkah tambahan bagi menjamin keselamatan anggota polis semasa mobilisasi untuk tugasan atau...

Hina Nabi: Bukit Aman Terima 13 Laporan, Sedang Siasat Akaun FB Ainon Mohd

Hina Nabi: Bukit Aman Terima 13 Laporan, Sedang Siasat Akaun FB Ainon Mohd

17/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat perkongsian hantaran menghina Nabi Muhammad SAW oleh pemilik Facebook yang menggunakan nama akuan Ainon Mohd,...

Next Post

Had Pendapatan Garis Kemiskinan RM2,208 Lebih Tepat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd