• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Wanita Dirakam CCTV Conteng Mural Pemimpin

oleh
21/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua wanita dipercayai menjadi dalang yang merosakkan mural barisan pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 dekat sini.

Kelibat dua wanita itu dilihat dalam satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mula tular sejak tengah hari tadi.

Rakaman video berdurasi dua minit 20 saat itu memaparkan sebuah kereta diletakkan di sebelah lorong lukisan mural berkenaan sebelum kelibat dua individu itu muncul melakukan vandalisme.

Mereka dipercayai menconteng kata-kata kesat terhadap gambar pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum beredar.

Terdahulu pada pagi ini, video yang mempamerkan mural berkenaan diconteng dengan kata-kata kesat tular di media sosial.

Susulan itu, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan segera dengan memadamkan keseluruhan mural itu dengan mengecat semula.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk memburu individu yang bertanggungjawab.

Mural berkenaan adalah hasil karya tiga anak muda sebagai tanda penghargaan kepada barisan pemimpin negara terutamanya dalam usaha menangani pandemik COVID-19.

Hasil karya itu juga menarik perhatian Agong yang mana Seri Paduka yang hadir mencemar duli melihat sendiri mural berkenaan pada 10 Julai lalu.

Selain Agong, mural berkenaan turut memaparkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. – BH Online

Tags: conteng muralvandalisme
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rosakkan Kipas, Kerusi, Tandas Sekolah: Pelajar, Ibu Bapa Dipanggil

Rosakkan Kipas, Kerusi, Tandas Sekolah: Pelajar, Ibu Bapa Dipanggil

18/02/2023
0

NIBONG TEBAL: Pihak sekolah sudah memanggil sekumpulan pelajar yang terlibat dalam aktiviti vandalisme di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Seberang...

Polis Sudah Tahu Siapa Conteng Mural Pemimpin Negara

29/07/2020
0

SIASATAN terhadap kes menconteng perkataan kurang menyenangkan pada mural gergasi potret beberapa pemimpin negara akan diselesaikan dalam masa terdekat, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd