• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukar Wajah Guna FaceApp Menyalahi Etika Kemanusiaan

oleh
23/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penggunaan aplikasi menukar wajah, FaceApp disifatkan sebagai menyalahi etika kemanusiaan walaupun ia sekadar gambar untuk tujuan keseronokan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbuatan itu tidak patut dilakukan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri mampu menjatuhkan maruah dan menjurus kepada keadaan yang tidak baik.

“ALLAH telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian, jadi tidak perlu ditukarkan dengan cara yang lain.

“Ini kerana ALLAH telah menetapkan kemuliaan terhadap manusia dari keturunan Nabi Adam dengan pelbagai kelebihan termasuklah akal dan wajah yang mempunyai ekspresi marah, suka, geram, dendam serta sebagainya.

“Jadi saya nasihatkan agar ia dapat dielakkan daripada menukar wajah dengan wajah-wajah yang lain apatah lagi ada yang menukarkan wajah perempuan kepada lelaki dan sebaliknya,” katanya selepas melancarkan Majlis Pelancaran Tabung Wakaf Tunai Pusat Hemodialisis MAIWP- PICCOMS di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai penggunaan aplikasi FaceApp yang kini menjadi kegilaan dalam kalangan anak-anak muda dan netizen pada masa ini.

Mengulas lanjut, Dr Zulkifli berkata, walaupun berada dalam era kemajuan teknologi, namun mengubah ciptaan walaupun dalam bentuk gambar tidak wajar dilakukan.

“Sebab itu kalau kita tengok, manusia ini bila dia hidup, dia ada nama tidak seperti ayam, kucing ikan yang tidak ada nama, tetapi manusia ni ada nama seperti Ahmad, Fatimah, Ali, Zainab dan seumpamanya.

“Ini adalah untuk membezakan antara satu sama lain, jadi apabila kita tukar wajah dengan lelaki ditukar kepada perempuan dan seumpamanya, maka konsep yang sepatutnya kita kenal identiti mereka akan berubah dan merupakan sesuatu yang tidak baik,” katanya. – Sinar Harian

Tags: faceappgambarwajahZulkifli Mohamad Al-Bakri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiga Kes Baharu COVID-19, Babit Satu Warganegara

Next Post

Tiga Anggota TLDM Maut, Seorang Cedera Dalam Kemalangan

Related Posts

Dr Zulkifli Perjelas Isu Hadis Sultan Merupakan Bayangan ALLAH

04/06/2021
0

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta orang ramai...

Perak Man Akhirnya Miliki Wajah

25/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Perak Man, rangka manusia tertua berusia 11,000 tahun yang ditemukan 30 tahun lepas di Lembah Lenggong, Perak,...

Next Post

Tiga Anggota TLDM Maut, Seorang Cedera Dalam Kemalangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd