• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahap Hutang Negara Mungkin Cecah 55%

oleh
23/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tahap hutang negara berkemungkinan mencecah had berkanun 55 peratus pada akhir tahun ini daripada 52 peratus ketika ini berikutan pelaksanaan langkah-langkah perlu untuk menyelamatkan nyawa, kehidupan serta merangsang ekonomi, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM260 bilion diikuti Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilai RM35 bilion bagi menangani impak pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara dengan suntikan fiskal langsung kerajaan sebanyak RM45 bilion.

“(Tetapi), saya pernah menyebut beberapa kali bahawa 97 peratus hingga 98 peratus hutang kita adalah hutang dalam negeri (negara).

“Ini penting kerana ia bermakna dedahan kita terhadap risiko turun naik mata wang asing adalah amat terhad,” katanya ketika membentangkan Laporan Ke-10 Unit Pelaksanaan Dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) bagi Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN dan PENJANA di laman Facebook beliau di sini, hari ini.

Dalam temu bual baru-baru ini, Tengku Zafrul berkata suntikan fiskal langsung berjumlah RM10 bilion ke dalam PENJANA dijana menerusi instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII).

Beliau juga berkata Malaysia juga mempunyai kemampuan terhadap nisbah hutang 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Selain itu, Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa kerajaan amat komited dalam memastikan disiplin fiskal dapat diteruskan.

“Penganalisis, agensi panarafan dan pelabur memahami bahawa Malaysia seperti negara-negara lain, akan mencatatkan defisit yang lebih tinggi berikutan pelbagai langkah rangsangan ekonomi. Ya..defisit belanjawan Malaysia diunjurkan meningkat kepada 5.8-6.0 peratus,” katanya.

Sebelum ini, Belanjawan 2020 mengunjurkan defisit itu pada 3.4 peratus.

“Memandang ke hadapan, apa yang lebih penting adalah apa yang kita lakukan untuk memperbaiki keadaan ini.

“Kerajaan komited terhadap disiplin fiskal untuk mengembalikan defisit fiskal di bawah 4.0 peratus dalam tempoh 3 hingga 4 tahun akan datang,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: defisit fiskalhutang negaraTengku Zafrul Tengku Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRK Chini: Cip Sharim Sudah Temui Hampir 40% Pengundi

Next Post

Mahathir Sedia Keluar PH Plus

Related Posts

Geng Tikus Tumpas

Dewan Rakyat: Hutang Negara Meningkat Kepada RM1.08 Trilion

10/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Hutang Persekutuan pada akhir 2022 merekodkan sebanyak RM1.08 trilion, meningkat sebanyak RM99.777 bilion atau 10.2 peratus berbanding...

Hutang Negara Termasuk Liabiliti Cecah RM1.5 Trilion

Hutang Negara Termasuk Liabiliti Cecah RM1.5 Trilion

17/01/2023
0

PUTRAJAYA - Negara kini berdepan bebanan hutang sebanyak RM1.2 trilion dan jumlahnya mampu mencecah sehingga RM1.5 trilion sekiranya digabungkan bersama...

Next Post

Mahathir Sedia Keluar PH Plus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd