• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesi Libat Urus RMK-12 Selesai Sebelum Sidang Parlimen

oleh
21/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Sesi libat urus bagi membincangkan penambahbaikan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) membabitkan kerajaan negeri, kementerian dan agensi berkaitan dijangka selesai sebelum sidang Dewan Rakyat pada bulan depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sesi tersebut yang dijangka selesai dalam masa dua tiga minggu lagi, diadakan bagi memberi peluang pihak terlibat mengemukakan permohonan selain mengambil kira perubahan radikal landskap ekonomi ketika ini.

“Penambahbaikan itu bermaksud memulakan terus libat urus dengan pihak berkenaan selain mengambil kira aspek COVID-19 serta strategi (baharu) berikutan perubahan landskap ekonomi.

“Sebagai contoh, jika dulu ekonomi digital, ekonomi gig ini tak besar sangat, jadi (kita jangka kesannya terhadap) landskap ekonomi akan berubah,” katanya mengulas perkembangan mengenai perubahan RMK-12.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai status Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru di Stesen Keretapi Tanah Melayu Kulai, di sini, petang ini.

Mustapa berkata turut bertemu dengan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad pada awal hari ini yang turut membincangkan permohonan kerajaan negeri berhubung peruntukan RMK-12.

“Kita (kerajaan) juga telah perkenal beberapa langkah-langkah jangka pendek seperti PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara). Pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) juga sedang merancang pelan ekonomi jangka panjang yang akan terangkum dalam RMK-12.

“Ini termasuklah perubahan perlu kita lakukan supaya ekonomi Malaysia kukuh kembali,” katanya.

Mengulas persetujuan Singapura membincangkan pembukaan sempadan, beliau berkata perkara itu turut disentuh dalam pelbagai platform termasuk Majlis Tindakan Ekonomi.

“Ini termasuk cadangan mengenai travel bubble (gelembung perjalanan) yang diumumkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri (Menteri Kanan Kluster Keselamatan) baru-baru ini dan berdasarkan perbincangan itu.

“Dalam pertemuan dengan Menteri Besar Johor hari ini, beliau turut menyokongnya kerana pelancongan adalah sektor penting untuk Johor serta negeri lain seperti Melaka, Pulau Pinang, Langkawi,” katanya.

Terdahulu, pada sesi berlainan, Mustapa diberi taklimat oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) serta melawat infrastruktur bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA 2020) termasuk Velodrom Johor untuk sukan basikal di Iskandar Puteri. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedRMK-12
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kluster Kidurong Babitkan 6 Kes Positif Covid-19

Next Post

Kos Landasan Berkembar Gemas-JB Kekal Walaupun Lewat

Related Posts

RM6.3 Bilion Untuk Pembangunan, Tebatan Banjir Di Selangor

RM6.3 Bilion Untuk Pembangunan, Tebatan Banjir Di Selangor

19/08/2022
0

SHAH ALAM: Sebanyak RM6.3 bilion diperuntukkan diluluskan kerajaan bagi tujuan pembangunan di Selangor di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) serta...

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Next Post

Kos Landasan Berkembar Gemas-JB Kekal Walaupun Lewat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd