• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Sabah Hilang 8,000 Ahli

oleh
19/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTATAN – Kira-kira 8,000 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) seluruh Sabah mengumumkan keluar parti, berkuat kuasa hari ini.

Kumpulan besar itu dikatakan turut membabitkan mereka yang memegang jawatan dalam parti termasuk timbalan dan naib ketua PKR cabang, setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan ahli jawatan kuasa cabang daerah.

Bekas Pengarah Tugas-Tugas Khas PKR Sabah yang mengetuai kumpulan terbabit, Datuk Nani Sakam, berkata pihaknya mengambil keputusan terbabit berikutan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan.

“Kami keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan terutama Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew.

“Kami selaku ahli tidak dijaga sedangkan kami bekerja untuk mereka.

“Apabila kita menganggotai pertubuhan atau organisasi, perlulah dijaga kerana kami sudah lama bersama PKR.

“Oleh itu, kami ambil keputusan keluar parti dengan kerelaan hati sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak. Keluar daripada parti politik adalah sesuatu yang normal,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah memaklumkan tindakan keluar parti itu kepada Ketua Cabang PKR Putatan yang juga Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari, semalam.

Nani berkata, mereka tidak menyertai mana-mana parti politik buat masa ini dan bergerak sebagai rakyat biasa yang mematuhi Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Sementara itu, keadaan kecoh seketika apabila beberapa individu dipercayai penyokong PKR cuba mengganggu sidang media berkenaan, namun keadaan dapat dikawal tanpa sebarang insiden. – BH Online

Tags: keluar partiPKR Sabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perompak Cakap ‘Bos Aku Suruh’ – Mangsa Tebusan

Next Post

Ahli Politik Dipanggil Bantu Siasatan Ikut SOP – KPN

Related Posts

PKR Sabah Harap Tanding Satu Kerusi DUN Di Setiap Parlimen

PKR Sabah Harap Tanding Satu Kerusi DUN Di Setiap Parlimen

18/06/2023
0

SANDAKAN - PKR Sabah berharap ia dapat diberikan peluang untuk bertanding sekurang-kurangnya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam setiap...

Tiga ADUN Warisan Keluar Parti Jadi ADUN Bebas

Tiga ADUN Warisan Keluar Parti Jadi ADUN Bebas

06/02/2023
0

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) kembali goyah apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan keluar daripada parti berkenaan hari...

Next Post

Ahli Politik Dipanggil Bantu Siasatan Ikut SOP - KPN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd