• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perompak Cakap ‘Bos Aku Suruh’ – Mangsa Tebusan

oleh
19/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“PEROMPAK itu cakap ‘aku tak nak buat benda ini tetapi bos aku suruh’. Dia beritahu terpaksa kerana adiknya akan mati jika dia tidak dapat duit,” kata Mardiah Mat Ripi, 26, menceritakan tragedi dia menjadi tebusan rompakan bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi semalam.

Menurutnya, dalam keadaan panik dan takut itu dia mendengar dengan jelas apa diperkatakan perompak berkenaan yang mahukan wang untuk ‘menyelamatkan’ adiknya.

Katanya, kenyataan itu dibuat perompak terbabit ketika ditanya pelanggan bank yang terperangkap bersama dengannya.

“Ada pelanggan tanya, kenapa buat macam ini untuk menenangkan keadaan. Perompak itu cakap ‘aku tak nak buat benda ini tapi aku terpaksa adik aku ada pada dia (bos). Kalau tak dapat duit adik aku mati’ kata perompak itu.

“Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya menjadi tebusan. Nyawa saya ibarat berada di hujung sabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bercerita lanjut, Mardiah berkata dia ke bank menemani ibunya, Ratnah Ahab, 56, dan sebelum kejadian, dia bersandar di dinding, menunggu ibunya selesai berurusan.

“Saya memang terbayang-bayang insiden itu, masa sangat pantas, rasa takut sangat. Memang nyawa dekat hujung sabit. Saya hendak lari ke kiri tidak boleh, ke kanan tidak boleh, nak ke bawah pun tak boleh sebab sabit memang penuh diletakkan di leher saya.

“Cuma ingat pegawai bank cakap dengan perompak itu sabar encik jangan apa-apakan budak. Rasa memang lama sabit berada di leher. Ibu juga merayu saya tidak dicederakan,” katanya.

Menurutnya, perompak itu juga cuba menjadikan ibunya tebusan dan menolaknya tetapi Ratnah yang sakit kaki, terjatuh.

Katanya, ibunya dipaksa berdiri dan ketika perompak itu tunduk untuk bangunkan ibunya, dia ditembak pengawal keselamatan.

“Kejadian ini memang mimpi ngeri, sejarah hitam dalam hidup. Selalu tengok dalam drama sahaja kejadian seperti ini. Tak sangka terjadi pada diri sendiri apatah lagi saya sudah bayangkan akan mati dibunuh,” katanya yang bersyukur Allah SWT menyelamatkannya dan ibunya. – myMetro Online

Tags: rompakantebusan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Semua Pihak Diseru Sokong Kerajaan Diterajui Muhyiddin

Next Post

PKR Sabah Hilang 8,000 Ahli

Related Posts

Kumpulan Bersenjata Di Gaza Rompak Cawangan Bank Of Palestine

Kumpulan Bersenjata Di Gaza Rompak Cawangan Bank Of Palestine

04/05/2024
0

PARIS : Kumpulan bersenjata di Gaza, merompak Bank of Palestine kira-kira 70 juta Shekal (RM89 juta), lapor akhbar harian Perancis...

Lima Lelaki Didakwa Culik, Kurung Jurujual Untuk Tebusan

Lima Lelaki Didakwa Culik, Kurung Jurujual Untuk Tebusan

17/05/2023
0

Kuala Lumpur : Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menculik dan mengurung seorang jurujual...

Next Post

PKR Sabah Hilang 8,000 Ahli

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd