• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Saran Jadikan Mahathir Presiden DAP

oleh
19/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja menyindir DAP, malah turut memberi saranan nakal kepada parti itu untuk menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Presiden DAP.

Ia susulan keputusan muktamad Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini untuk kekal mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan sedangkan umum mengetahui DAP membuat keputusan sebaliknya iaitu mahukan Dr Mahathir menjadi calon jawatan nombor satu negara itu.

“Memandangkan DAP masih tegas untuk sokong PM7 (Perdana Menteri ketujuh) jadi calon Perdana Menteri tetapi PKR kini sudah tolak secara rasmi, DAP patut ambil PM7 masuk DAP untuk menjadi presiden partinya.

“Dengan ini DAP boleh calonkan pemimpin parti sendiri jadi Perdana Menteri,” tulisnya di Facebook.

Terdahulu, PKR dalam satu kenyataan hari ini menegaskan parti itu tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya.

Bagaimanapun, PKR memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memaklumkan parti itu sudah membuat keputusan untuk menyokong Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH sementara Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tegasnya, adalah penting untuk PKR menyatakan sama ada parti itu bersetuju atau tidak dengan cadangan tersebut dan tidak boleh ada ketidakpastian jika mahu PH melangkah ke depan. – Sinar Harian

Tags: DAPMahathir MohamadNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd