• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir, 5 Lagi Gagal Kekalkan Status Quo BERSATU

oleh
18/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi ad-interim (sementara) oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima yang lain bagi mengekalkan kedudukan keahlian dan jawatan mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dr Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan Datuk Marzuki Yahya juga gagal memperoleh injunksi sama bagi mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai Pengerusi, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung.

Peguam Rosli Dahlan yang mewakili Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga yang lain selaku defendan ketika ditemui berkata, mahkamah menolak injunksi itu selepas mendapati imbangan prinsip perundangan tidak mewajarkan ia dibenarkan berdasarkan kepada nas dan prinsip perundangan.

Pihaknya turut memohon untuk membatalkan tuntutan saman Dr Mahathir kerana ia bersifat remeh, melampau, mengjengkelkan dan menyalahgunakan proses mahkamah, yang akan didengar 9 Julai ini bersama-sama permohonan injunksi utama secara inter parte (dua belah pihak).

Menurut Rosli, secara prinsipnya Dr Mahathir dan plaintif yang lain tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) dan alasan perundangan serta fakta.

Beliau berkata, hari ini ditetapkan pendengaran injunksi, bagaimanapun pihaknya memaklumkan kepada mahkamah ia memfailkan permohonan membatalkan saman itu, semalam.

Ia adalah kerana menamakan BERSATU sebagai plaintif dalam saman itu adalah satu tindakan yang salah.

“Parti itu tidak boleh dinamakan sebagai plaintif, sebaliknya sebagai defendan kerana pihak plaintif mendakwa ia (parti) adalah sebahagian daripada pihak yang melakukan tindakan salah laku.

“Permohonan pertama kami ialah untuk membatalkan saman itu kerana BERSATU dinamakan sebagai plaintif di mana mereka tiada kuasa untuk berbuat demikian.

“Jadi status quo kekal hari ini berdasarkan pendirian kami mereka bukan lagi ahli parti disebabkan tindakan dan tingkah laku mereka sendiri, bukannya daripada tindakan kami (defendan) atau parti yang menamatkan keahlian mereka,” katanya.

Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Dr Mahathir, berkata anak guamnya memohon perintah injunksi ad-interim berikutan prosiding injunksi utama tidak dapat didengar hari ini.

Beliau berkata, plaintif memohon perintah bahawa status quo semua pihak dikekalkan supaya kedudukan tidak terjejas sehingga perkara itu didengar secara inter parte (dua belah pihak) pada tarikh yang ditetapkan.

Selain Dr Mahathir, Mukhriz dan Marzuki, plaintif lain ialah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda); bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (ahli); dan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah (ahli).

Mereka yang turut menamakan BERSATU sendiri selaku plaintif ketujuh, mengemukakan saman terhadap Muhyiddin yang kini Presiden dan Pemangku Pengerusi BERSATU; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Kerja, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan.

Dalam saman itu, plaintif memohon perisytiharan, antaranya mereka adalah ahli BERSATU yang sah, masih lagi memegang jawatan dalam parti (bagi pemegang jawatan) dan layak untuk bertanding pada pemilihan parti.

Mereka memohon perisytiharan bahawa semua surat pemberhentian yang ditandatangani Muhammad Suhaimi bertarikh 28 Mei lalu dan pengesahan melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti bertarikh 4 Jun lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Selain Rosli, defendan lain turut diwakili Datuk D P Naban, Chetan Jethwani and Leonard D Cruz. – BH Online

Tags: BERSATUMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Salah Guna ‘Kebebasan’ PKPP

Next Post

Lebih Banyak Masjid, Surau Di Zon Hijau Dibuka

Related Posts

Pemilihan Bersatu Di Jeli, Machang, Gua Musang Digantung

Pemilihan Bersatu Di Jeli, Machang, Gua Musang Digantung

03/11/2024
0

Kota Bharu : Tiga daripada 14 bahagian BERSATU di Kelantan tidak dapat mengadakan pemilihan parti semalam disebabkan bahagian berkenaan digantung...

Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli Bersatu Jeli Umum Keluar Parti

Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli Bersatu Jeli Umum Keluar Parti

07/08/2024
0

Lebih 1,000 pimpinan dan ahli Bersatu Bahagian Jeli mengumumkan keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta-merta dan beralih sokongan kepada...

Next Post

Lebih Banyak Masjid, Surau Di Zon Hijau Dibuka

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd