• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Merokok Tak Dihentikan

oleh Cj Mnh
16/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Kementerian Kesihatan tetap meneruskan penguatkuasaan terhadap larangan merokok di premis makanan dan menambah baik kempen itu bagi menjamin kesihatan serta kesejahteraan rakyat negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pandangan orang ramai yang menyatakan larangan itu tidak lagi dilaksanakan adalah tidak tepat, sebaliknya penguatkuasaan berkurangan kerana memberi tumpuan terhadap usaha menangani penularan COVID-19.

“Kempen tersebut masih diteruskan dan ia tidak dihentikan.

“Penguatkuasaan kurang kerana ketika ini, negara memberi fokus terhadap COVID-19 malahan kedai makan tidak dibuka (dan tidak boleh makan dalam premis) sejak tiga bulan lepas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya di sini hari ini.

Dr Noor Azmi, yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, ditemui selepas melawat dan menyampaikan sumbangan serta bantuan kepada penduduk terjejas ribut di Kampung Sungai Semambu, Kampung Parit Mentara 3, Kampung Jalan Banjar dan Kampung Jalan Gunung Semanggol dekat sini semalam.

Beliau mengulas rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati kerana terdapat individu kembali merokok di premis makanan selepas kedai makan dibenarkan beroperasi dan pelanggan dibenar makan dalam premis berkenaan.

Dr Noor Azmi berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang kawalan tembakau yang sebelum ini diletakkan di bawah Akta Makanan 1983 di Parlimen tidak lama lagi dan draf mengenainya sedang diteliti oleh Pejabat Peguam Negara.

Kerajaan menguatkuasakan larangan merokok di tempat makan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018 yang berkuat kuasa pada 1 Jan 2019, yang hanya membenarkan perokok merokok di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka.

Tags: kesihatanLarangan Merokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

01/07/2023
0

Kuala Terengganu : Kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Ekonomi Dan Kesihatan Harus Seimbang – Ismail Sabri

01/02/2021
0

GOMBAK - Kerajaan perlu memastikan kehidupan dan kesihatan rakyat dalam keadaan seimbang dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd