• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lantik Mukhriz TPM Boleh Selesai Isu Calon PM PH Plus

oleh
19/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Biarpun isu pemilihan calon Perdana Menteri kesembilan Pakatan Harapan (PH) masih belum dimuktamadkan, kini timbul pula dakwaan mengenai calon Timbalan Perdana Menteri PH kononnya bakal digalas bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi hantaran di Facebooknya hari ini dilihat cuba ‘menjelaskan’ isu yang berlaku susulan pertikaian tidak berkesudahan mengenai pemilihan calon Perdana Menteri kesembilan oleh PH Plus sekali gus mengaitkan nama Mukhriz.

Beliau berkata, PH Plus kini mempunyai dua pilihan sebagai ‘jalan keluar’ kepada krisis yang berlaku iaitu dengan melantik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan dan Mukhriz selaku timbalannya.

“Ataupun pilihan kedua lantik bekas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kesembilan untuk tempoh enam bulan atau setahun dan Anwar menjadi timbalannnya.

“Selepas tempoh yang dipersetujui tamat dan Dr Mahathir berundur, Anwar akan jadi Perdana Menteri, manakala Mukhriz akan menjadi timbalannya,” tulisnya.

Katanya, kedua-dua pilihan itu berakhir dengan Anwar sebagai Perdana Menteri dan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberi penjelasan berhubung kekeliruan yang timbul berkaitan usaha PH serta perbincangan dengan gabungan PH Plus bagi mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya.

Beliau turut menegaskan bahawa dalam siri perbincangan PH Plus, tiada keputusan konklusif dicapai dalam mesyuarat diadakan dan PH juga tidak mengangkat nama lain sebagai calon Perdana Menteri kesembilan melainkan Anwar, sementara Dr Mahathir mencadangkan dirinya sendiri sebagai calon itu dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi sokongan.

Najib berkata, namun sehingga kini PH Plus masih belum berjaya mencapai persetujuan bersama jika Dr Mahathir akan dicalonkan sebagai Perdana menteri kesembilan untuk tempoh enam bulan atau setahun.

Menurutnya, Perdana Menteri ketujuh (Dr Mahathir) sendiri menolak tempoh enam bulan dan mahukan tempoh setahun, sementara PKR pula percaya Dr Mahathir tidak akan menghormati perjanjian untuk undur diri selepas tempoh-tempoh tersebut.

“DAP dan Amanah (Parti Amanah Negara) sokong Perdana Menteri ketujuh menjadi calon Perdana Menteri kesembilan, manakala PKR sokong Anwar.

“DAP dan Amanah lebih cenderung untuk mengenepikan prinsip perjuangan dan persahabatan mereka dengan PKR kerana mereka percaya menyokong Perdana Menteri ketujuh yang tak suka mereka akan memberi peluang lebih besar untuk merebut balik kuasa secepat mungkin,” tulisnya.

Menerusi hantaran sama, Najib menegaskan, selepas tujuh kali bertemu untuk bergaduh dalam tempoh hampir tiga minggu iaitu pada 30 Mac, 1 Jun, 3 Jun, 4 Jun, 9 Jun, 12 Jun dan 13 Jun lalu, PH PLUS umum mereka akan bermesyuarat sekali lagi hari ini (19 Jun) untuk ‘terus bergaduh’. – Sinar Harian

Tags: Mukhriz Mahathirpakatan harapanPerdana MenteriPH Plus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahli Politik Dipanggil Bantu Siasatan Ikut SOP – KPN

Next Post

PKR Tolak Mahathir Sebagai Calon PM

Related Posts

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

07/07/2024
0

London: Terdapat hanya satu benda dianggap utuh sepanjang kemelut politik di United Kingdom sejak 14 tahun lalu iaitu Larry si...

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

15/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Satu perkhabaran baik untuk rakyat berkaitan barangan makanan akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Next Post

PKR Tolak Mahathir Sebagai Calon PM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd