• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Kesan 3 Kluster Baharu COVID-19

oleh
24/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mengenal pasti tiga kluster baharu, iaitu kluster Bukit Bintang, kluster Tapak Pembinaan Kuching dan kluster Kondominium Hulu Langat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagi kluster Bukit Bintang ia sudah menjangkiti 10 individu membabitkan warga asing dan tempatan.

Bagi kluster Tapak Pembinaan Kuching pula, ia mula dikesan apabila individu ketiga yang dijangkiti virus berkenaan membuat saringan COVID-19 di sebuah klinik swasta dan disahkan positif pada 16 Jun lalu.

“Setakat ini seramai 426 kontak sudah dikenal pasti di mana 62 individu didapati negatif COVID-19 dan 34 individu lagi masih menunggu keputusan. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

“Bagi kluster Kondominium di Hulu Langat pula, indeks kes bagi kluster ini adalah seorang pelajar pusat tahfiz yang dikesan positif ketika saringan COVID-19 pada 8 Jun lalu.

“Aktiviti pengesanan kes secara aktif dijalankan dan dua lagi kes positif dikesan di dalam kluster ini. Kes pertama ialah bukan warganegara dan beliau ialah bapa saudara angkat kepada kes indeks.

“Beliau tinggal di kediaman yang lain, namun terdapat aktiviti kunjung mengunjung di antara mereka,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini hari ini. – BH Online

Tags: Covid-19KKMkluster
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd