• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon PM: Shafie Akan Buat Keputusan Tempoh Terdekat

oleh
29/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPANG – Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan membuat keputusan dalam tempoh terdekat berhubung cadangan pencalonannya sebagai Perdana Menteri seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Mohd Shafie, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata beliau akan mengumumkan keputusan itu selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk membuat perbincangan bersama pemimpin tertinggi Warisan.

“Saya sangat bersyukur kerana cadangan itu datang daripada Tun Dr Mahathir Mohamad. Itu satu cadangan dan saya perlu menelitinya secara mendalam termasuk mengadakan perbincangan bersama Timbalan Presiden Warisan (Datuk Darell Leiking) dan Ketua Penerangan Warisan (Datuk Dr Yusof Yacob).

“Ini satu cabaran besar untuk saya. Saya melihat ini secara serius. Beri saya sedikit masa (untuk membuat keputusan) dan (ia) tidak mengambil masa lama,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin di sini, hari ini.

Mohd Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan mencalonkan beliau sebagai perdana menteri. 

Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi, berkata keputusan memilih Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna itu dicapai sebulat suara dalam satu pertemuan dengan sekutunya (Parti Amanah Negara, Warisan dan DAP) di Rumah Tetamu Sabah dekat sini pada Khamis (25 Jun).

Menurutnya dalam pertemuan itu, mereka juga bersetuju untuk mencadangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1, dan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri II.

Bagaimanapun, menurut Parti Amanah Negara dan DAP cadangan untuk Mohd Shafie sebagai calon perdana menteri masih perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat Amanah dan DAP serta Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, cadangan yang datang daripada Dr Mahathir itu adalah satu penghargaan buatnya sebagai individu dan ahli politik yang turut mempunyai pengalaman cukup luas.

“Saya tidak memintanya (untuk menjadi perdana menteri). Saya telah menyebutkan perlunya saya untuk menguruskan Sabah. Tapi ini (cadangan) satu penghargaan sebagai seorang individu dan ahli politik di negara ini kerana kita pun banyak pengalaman,” katanya.

Mohd Shafie sudah berkecimpung dalam dunia politik lebih 30 tahun selain menjadi ahli Parlimen selama enam penggal dan bertugas di tujuh kementerian di peringkat Persekutuan.

Ditanya mengenai soal kebolehpercayaannya terhadap Dr Mahathir, Mohd Shafie berkata, ia bukan menjadi masalah besar meskipun terdapat beberapa isu membabitkan politik Sabah termasuk kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini.

 Mohd Shafie yakin keputusan berkenaan dicapai menerusi perbincangan bersama pemimpin Bersatu pada ketika itu.

Pada 6 April, 2019, Bersatu melebarkan sayap ke Sabah meskipun Dr Mahathir yang pada ketika itu menggalas peranan sebagai Pengerusi Bersatu berjanji untuk tidak bertapak di negeri bawah bayu berkenaan. – BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadPerdana MenteriShafie Apdal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sharim Tak Ambil Kisah Isu Bukan Anak Pahang

Next Post

Tanggung Sendiri Kos Saringan COVID-19 Mulai Hari Ini

Related Posts

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

07/07/2024
0

London: Terdapat hanya satu benda dianggap utuh sepanjang kemelut politik di United Kingdom sejak 14 tahun lalu iaitu Larry si...

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

15/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Satu perkhabaran baik untuk rakyat berkaitan barangan makanan akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Next Post

Tanggung Sendiri Kos Saringan COVID-19 Mulai Hari Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd