• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Diskaun Bil TNB Secara Pukal

oleh
15/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO menyarankan pihak berwajib supaya memberikan diskaun secara pukal ke atas bil elektrik tanpa formula pengiraan yang rumit berdasarkan kepada bacaan terkini sebagai inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat untuk jangka masa pendek.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata pihaknya turut menyarankan supaya Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan penerangan secara terus-menerus berkenaan pengiraan bil elektrik pengguna supaya tidak timbul kekeliruan dalam kalangan mereka.

“Sebarang aduan yang dibuat oleh pengguna perlu diteliti sebaik mungkin untuk mengelakkan pengguna daripada rasa tertipu dan diabaikan.

“Dalam masa yang sama, kami juga mengalu-alukan bayaran pelan mudah yang dibuat oleh TNB bagi memastikan kemampuan rakyat untuk membayar bil elektrik bersesuaian dengan keadaan semasa hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahril berkata idea asal pemberian diskaun mengikut jumlah penggunaan bulanan tersebut dilihat betul pada konsepnya tetapi realiti pelaksanaan mungkin kurang sesuai dalam senario jangka pendek ini.

“Hal ini kerana sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksana ekoran penularan COVID-19, masa rakyat sepenuhnya adalah berada di rumah yang tentunya memberi kesan langsung kepada penggunaan elektrik – termasuk daripada kalangan B40 dan M40.

“Tindakan rakyat yang mematuhi arahan Kerajaan untuk duduk di rumah bagi menghapuskan rantaian COVID-19 menjadi punca kepada mengapa penggunaan elektrik di kalangan isi rumah (pengguna domestik) meningkat lebih tinggi daripada kebiasaan.

“Apabila bacaan sebenar dibuat oleh pihak TNB, jumlah bil yang dikenakan menjadi lebih tinggi daripada pengunaan biasa sebelum PKP yang mendatangkan keresahan pengguna lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan tidak menentu ini,” katanya.

Pihaknya amat menghargai tindakan Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang proaktif terhadap keluhan rakyat.

Tags: Bil ElektrikTNB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Sabah Semakin Lemah, 2 ADUN Umum Keluar

Next Post

41 Kes Baharu COVID-19, 38 Kes Penularan Dalam Negara

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

Next Post

41 Kes Baharu COVID-19, 38 Kes Penularan Dalam Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd