• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Ibadah Korban Dibenarkan Di Wilayah Persekutuan

oleh
24/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha pada hujung Julai ini dibenarkan di Wilayah Persekutuan dengan prosedur standard operasi (SOP) yang ketat, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata aktiviti ibadah korban itu boleh diadakan di semua masjid, surau serta kawasan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan, dan perlu mengikut panduan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jelasnya, kapasiti kehadirian petugas dihadkan kepada maksimum 30 orang pada satu-satu masa bagi menguruskan seekor lembu.

“Selain daripada masjid, surau serta kawasan yang mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), 28 rumah sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) serta 31 rumah penyembelihan swasta yang dilesenkan oleh DVS, turut dibenarkan. 

“Penganjur perlu melaporkan aktiviti ibadah korban kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat,” katanya pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak penganjur perlu memastikan bilangan haiwan korban adalah bersesuaian dengan keupayaan petugas. 

Katanya proses melapah, memotong dan pembahagian daging hendaklah dibuat di tempat yang lapang selain mengelakkan 3S iaitu kawasan yang sesak, sempit dan berkomunikasi secara dekat.

Bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19, beliau berkata antara SOP yang perlu dipatuhi adalah kaunter pintu masuk perlu disediakan bagi memeriksa suhu badan serta sanitasi tangan.

“Kehadiran jemaah petugas perlu direkodkan dan mereka yang tidak sihat bukan dalam kalangan penghidap penyakit kronik tidak dibenarkan menyertai aktiviti itu.

“Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk. Petugas perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial 1 meter,” katanya.

Ismail Sabri berkata proses sembelihan digalakkan untuk menggunakan peralatan dan sistem moden dalam sembelihan seperti sangkar sembelihan.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata kemasukan pembantu rumah warga asing masih tidak dibenarkan buat masa ini terutamanya dari negara-negara berisiko tinggi COVID-19.

Ditanya mengenai keluhan syarikat perkapalan yang kekurangan kru kapal atau kelasi asing, katanya, tiada halangan untuk mereka bekerja di dalam kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan negara ini, dengan syarat mereka hanya transit dan tidak turun ke darat.

Mengenai pematuhan rakyat yang dikuarantin di rumah selepas pulang dari luar negara, Ismail Sabri berkata sehingga hari ini tiada laporan mengenai kegagalan mereka mematuhi perkara itu.

Katanya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan polis turut mengadakan lawatan berkala dan pemeriksaan mengejut di kediaman individu yang dikuarantinkan bagi memastikan mereka patuh arahan tersebut. 

“Insya-Allah saya percaya dan berharap rakyat kita yang sedang buat kuarantin di rumah secara wajib jangan anggap ia satu paksaan sebaliknya satu cara kita untuk menjaga kesihatan mereka…kita nak mereka terus kekal sihat sehingga hari ke-13 sebelum saringan semula dan menentukan mereka benar-benar sihat,” katanya.

Sejak 10 Jun sehingga semalam, seramai 5,093 individu pulang ke tanah air dan daripada jumlah itu, 5,067 individu diperintah menjalani kuarantin wajib di rumah dan 26 dibawa ke hospital. – BERNAMA

Tags: hari raya aidiladhaibadah korban
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Benar Laksana Ibadah Korban Dengan SOP Umum

20/06/2022
0

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor membenarkan pelaksanaan ibadah korban tahun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) umum sama ada...

Johor Benarkan Ibadah Korban

13/06/2022
0

Johor Bahru : Kerajaan negeri membenarkan aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini dilaksanakan di masjid dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd