• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Risiko Jika Mahathir Jadi Calon PM Pakatan Harapan

oleh
18/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu menjangkakan tujuh risiko bakal berlaku jika Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih semula menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH).

Antaranya, beliau menjangkakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mungkin tidak mahu berjumpa bekas Perdana Menteri itu walaupun mempunyai cukup sokongan.

Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu menegaskan, jangkaan risikonya itu bagaimanapun adalah pendirian peribadi beliau dan bukan pendirian parti DAP yang diwakili.

Beliau berkata, Dr Mahathir juga mungkin menggunakan kedudukannya itu untuk mengadakan rundingan tawar-menawar dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dia (Dr Mahathir) mungkin akan bersekongkol dengan Muhyiddin dan AA (Mohamed Azmin Ali) lagi jika tawarannya bagus dan membuang PH,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Ronnie turut menjangkakan Dr Mahathir akan menimbulkan masalah baharu bahkan skandal untuk menyukarkan hidup Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan PH.

Selain itu, katanya, Dr Mahathir juga mungkin akan kembali kepada keputusan lamanya dengan melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya akan sukar untuk menghentikannya.

“Dr Mahathir mungkin tidak mahu mengundurkan diri setelah enam bulan menjadi Perdana Menteri seperti yang dijanjikan dan sekali lagi enggan menyerahkan kedudukannya kepada Anwar,” katanya.

Ronnie berkata, Dr Mahathir juga mungkin meletakkan jawatan dan keluar dari PH lagi atau dia mungkin hanya membubarkan Parlimen dan tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan oleh rakyat pada masa itu.

Katanya lagi, jika Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ditetapkan dan Anwar pula sebagai timbalannya yang ditentukan, ia boleh mencetuskan ‘kerajaan’ Muhyiddin meminta pilihan raya awal untuk mengelakkan kehilangan kuasa kepada PH.

Dalam pada itu, katanya, sekiranya Dr Mahathir tidak mendapat sokongan mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri maka PH akan mengambil risiko kehilangan semua kredibilitinya sebagai gabungan politik. – Sinar Harian

Tags: DAPMahathir Mohamadpakatan harapanPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih Banyak Masjid, Surau Di Zon Hijau Dibuka

Next Post

Syed Saddiq Dipanggil Bukit Aman

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Syed Saddiq Dipanggil Bukit Aman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd