• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Laporan Rasmi Rakyat Malaysia Di AS Maut Covid-19

oleh
28/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York masih belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mana-mana agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS) berhubung rakyat Malaysia yang dijangkiti atau meninggal dunia akibat koronavirus (Covid-19) di negara itu, menurut Wisma Putra.

Kementerian Luar atau Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia mengambil maklum laporan agensi berita tempatan berbahasa Inggeris pada hari ini berhubung dakwaan kematian 10 orang rakyat Malaysia di New York kerana Covid-19 serta terdapat 30 rakyat Malaysia yang dijangkiti wabak itu.

Menurutnya, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York sentiasa memantau perkembangan wabak tersebut terutama bagi kes yang melibatkan rakyat Malaysia dan sering berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab dalam pengurusan Covid-19 bagi memastikan kesahihan dan ketepatan maklumat yang diterima.

“Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia di luar negara untuk berhubung dengan pejabat perwakilan Malaysia yang terdekat sekiranya terdapat apa-apa kesangsian mengenai maklumat berhubung situasi rakyat Malaysia di luar negara,” katanya.

Tags: Amerika SyarikatCovid-19koronavirusrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd