• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Telur Jenama ‘Klasik’ Sah Telur Ayam, Bukan Plastik

oleh
02/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Hasil ujian Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) ke atas sampel telur jenama “klasik” keluaran Heap Soon Farming Sdn Bhd, yang didakwa netizen diperbuat daripada plastik, disahkan sebagai telur ayam.

DVS berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan susulan dan menjalankan siasatan ke ladang ayam penelur Heap Soon Farming di Trong, Taiping, Perak dan stor simpanan syarikat di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, susulan tular video telur jenama “klasik” yang didakwa oleh netizen diperbuat daripada plastik.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, DVS sudah mengambil beberapa sampel telur jenama “klasik” keluaran Heap Soon Farming untuk dijalankan ujian pengesanan ketulenan, di Makmal Kesihatan Awam Veterinar (MKAV), Sepang.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Hasil keputusan ujian ke atas sampel telur tersebut dengan menggunakan kaedah PCR-RFLP mendapati DNA ayam dikesan dan menunjukkan ia adalah telur ayam,” katanya.

Ladang ayam penelur Heap Soon Farming adalah ladang ayam yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak, mengikut Enakmen Perladangan Unggas, Negeri Perak 2005 dan memiliki sijil pengiktirafan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP).

DVS turut menasihatkan orang ramai supaya merujuk dan melaporkan kepada jabatan itu, untuk pengesahan atau penjelasan di atas sebarang kemusykilan atau kesangsian berhubung perkara berkaitan.

Tags: DVStelur ayamtelur plastik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

28/01/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menerima sebanyak 2,610 aduan berkaitan kebajikan kucing termasuk dijadikan makanan kepada ular. IKUTI CHANNEL...

Wanita Temui Telur Ayam Bulat Sempurna

Wanita Temui Telur Ayam Bulat Sempurna

16/06/2023
0

MELBOURNE, Australia – Seorang wanita dari negeri Victoria, Australia menemui sebiji telur yang mempunyai bentuk bulat sempurna di sebuah pasar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd