DATUK Seri Mukhriz Mahathir mengaku masih memegang jawatan Menteri Besar dan kerajaan negeri pimpinannya masih beroperasi seperti biasa.
Beliau menegaskan, pihak pembangkang tidak boleh mengumumkan pertukaran kerajaan negeri dengan hanya membuat sidang media dan tindakan menukar Menteri Besar perlu melalui proses tertentu.
Katanya, pembangkang sepatutnya mengusulkan undi tidak percaya ke atas beliau melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan bukannya dengan mengumpul Akuan Bersumpah dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
“Suasana politik di Kedah masih terkawal. Saya masih Menteri Besar dan kerajaan negeri masih wujud. Tidak benar dakwaan mana-mana pihak bahawa kerajaan ini sudah jatuh semalam.”
Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) yang tidak dihadiri tiga EXCO iaitu Halimaton Shaadiah Saad (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Azman Nasrudin (Pertanian dan Sumber Tani) dan Firdaus Ahmad (Penerangan, Komunikasi dan Multimedia).
Mukhriz berkata, semua pihak perlu patuh kepada Perlembagaan dan Undang Undang Tubuh Negeri dalam menentukan siapa wajar dilantik menjadi Menteri Besar serta menubuhkan kerajaan negeri.
Semalam, PN Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk daripada BERSATU.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata 23 ADUN terbabit adalah 15 daripada PAS, BERSATU (4), UMNO (2) dan dua bekas ADUN PKR.
Berikutan itu, komposisi DUN Kedah menyaksikan perubahan apabila PAS kini menguasai 15 kerusi, PKR (5), AMANAH (4), BERSATU-Tan Sri Muhyiddin Yassin (4), BERSATU-Tun Dr Mahathir Mohamad (2), UMNO (2) dan Bebas (2). – myMetro Online