• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPD Bersihkan 3,500 PATI Di Pasar Borong KL

oleh
15/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 3,500 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sebelum ini bebas bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur dekat Selayang, berjaya ‘dihapuskan’ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terhadap kawasan terbabit.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr JP Santhara Kumar, menyifatkan kejayaan itu pencapaian terbesar kementerian di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, ini kerana tindakan monopoli pekerja asing terhadap Pasar Borong Kuala Lumpur sudah berlarutan sejak lebih 20 tahun dahulu dan situasi itu selama ini dilihat seolah-olah sukar untuk dihapuskan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Santhara bagaimanapun berkata, perkara itu berjaya direalisasikan apabila kini hanya 16 pekerja asing yang digajikan di pasar borong itu dengan permit kerja yang sah.

“Sebelum ini, ramai orang ditakutkan bahawa pasar borong tidak akan bergerak jika tiada pekerja asing, namun kini ternyata premis itu masih mampu beroperasi tanpa kehadiran golongan terbabit.

“Setakat ini, kita dimaklumkan seramai 1,500 rakyat tempatan bekerja di situ menggantikan posisi yang sebelum ini dimonopoli warga asing dengan pendapatan dari RM2,000 hingga RM2,400 sebulan bersama elaun tertentu,” katanya kepada BH di sini.

Pada masa sama, Santhara mengakui banyak permohonan diterima daripada peniaga dan pemborong di pasar terbabit meminta kebenaran diberikan semula untuk mereka menggajikan warga asing namun ditolak oleh kementerian kerana mahu memberikan peluang pekerjaan kepada warga tempatan.

Beliau berkata, sehingga kini kawasan di dalam pasar borong bebas daripada pekerja asing yang tidak mempunyai permit, namun mengakui wujud sebahagian mereka yang degil dengan terus berniaga secara haram di luar tapak premis itu.

“Justeru pada setiap hari, penguatkuasaan yang dijalankan pasti akan menyita satu dua peniaga warga asing yang masih berdegil termasuk etnik Rohingya,” katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan Pasar Borong Kuala Lumpur kekal bebas daripada monopoli pekerja asing, DBKL akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memudahkan pemantauan dibuat.

Katanya, selain memudahkan kawalan terhadap tenaga kerja dibuat melalui pemasangan CCTV di pintu masuk dan tapak pasar borong itu, pemantauan berhubung penjarakan sosial juga boleh dilakukan.

“Selain itu, dalam menuju model baharu operasi pasar borong itu, pengusaha digalakkan melabur dengan membeli peralatan hidraulik bagi memudahkan operasi,” katanya.

Beliau berkata, bagi perancangan jangka panjang, kementerian bercadang membina sebuah tapak baharu Pasar Borong Kuala Lumpur yang lebih moden dengan merujuk kepada model premis seperti di Korea dan Jepun. – BH Online

Tags: Pendatang Asing Tanpa IzinPerintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Lelaki Ditahan Kes Lempar Bayi Dari Flat

Next Post

Muhyiddin Hargai Belia Bantu Masyarakat Ketika Covid-19

Related Posts

2 Lokaliti Di Pahang, Sabah Dikenakan PKPD

17/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan dua lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) masing-masing di Pahang dan...

PKPD Di 7 Lokaliti Di Sabah, Pahang, Kelantan

14/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan pelaksanaan PKPD di tujuh lokaliti di Sabah, Pahang dan Kelantan, bermula Khamis...

Next Post

Muhyiddin Hargai Belia Bantu Masyarakat Ketika Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd