• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemergian Ismail Kamus Kehilangan Besar Dunia Dakwah

oleh
08/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pemergian pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus sebagai satu kehilangan besar kepada dunia dakwah di negara ini.

Menzahirkan kesedihan atas pemergian Allahyarham, Perdana Menteri berkata, tokoh agama itu merupakan seorang pemimpin yang banyak menyumbang kepada negara melalui kerja-kerja dakwah yang dilakukan sepanjang hayatnya.

“Saya berasa amat sedih mendapat berita Tuan Guru Ustaz Datuk Haji Ismail Bin Haji Kamus telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia dakwah di negara ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Muhyiddin turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Pendakwah terkenal dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia itu meninggal dunia di kediamannya di Ampang, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Berita pemergian tokoh ternama itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan.

Allahyarham berusia 72 tahun sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.

Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal dari 1999 hingga 2004, pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Tags: meninggal duniaMuhyiddin YassinPendakwahustaz ismail kamus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menyuarakan pandangan tegas berhubung isu pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian...

Jangan Risau Minyak Naik Tak Lama – Firdaus Wong

Jangan Risau Minyak Naik Tak Lama – Firdaus Wong

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung secara berjenaka menyeru orang ramai tidak perlu terlalu risau dengan situasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd