• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Nanti Pak Cik Balas Kad Raya”

oleh
19/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“TERIMA kasih anakanda Nadzrul Zarfan atas kiriman kad raya dan hadiah kuih-muih. Pak cik amat terharu dengan surat anakanda,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri selepas menerima kiriman kad raya dan kuih raya dari seorang kanak-kanak, Nadzrul Zarfan Sharul Azly.

“Pak cik akan ingat nasihat dan pesanan anakanda. Siap ada pantun, Pecah kaca, pecah gelas. Lepas baca, harap balas.”

“Insya-Allah nanti pak cik balas kad raya anakanda Nadzrul sekeluarga,” katanya di laman Facebooknya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Semalam, Zulkifli berkongsi di Facebooknya mengenai kiriman kad raya dari seorang kanak-kanak yang pernah tular di media sosial apabila menulis surat meminta penjelasan lanjut daripada imam, pengerusi serta ahli jawatankuasa surau yang menghalangnya daripada solat di saf hadapan.

Pada penghujung tahun lalu, Nadzrul Zarfan, 11, pernah bertemu dengan Zulkifli yang ketika itu menjadi Mufti Wilayah Persekutuan dan beliau turut memuji tindakan berani kanak-kanak itu yang mengutus surat kepada pengurusan surau bagi mendapatkan penjelasan.

Tindakan berani kanak-kanak itu turut mendapat perhatian warganet keranas olat di saf hadapan sesuatu yang baik kerana kanak-kanak dapat mempelajari cara solat yang betul daripada jemaah dewasa.

Dalam kirim kad Hari Raya itu adik Nadzrul Zarfan mengucapkan tahniah atas pelantikan Zulkifli sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mendoakan beliau dipermudahkan dalam segala urusan serta dilimpahkan rahmat sepanjang menjalankan tugas.

Nadzrul Zarfan turut mengingatkan Zulkifli supaya menjaga diri, banyakkan rehat dan mengamalkan langkah pencegahan menangani wabak Covid-19.

“Saya juga ingin bertanya kepada Datuk sekiranya boleh bekerjasama untuk menulis dan mengeluarkan buku Bayyan Linnas secara versi komik untuk kanak-kanak.”

“Ini bagi menarik minat kanak-kanak dalam menuntut ilmu agama kerana versi berkenaan lebih mudah difahami, santai, menarik serta mudah difahami,” katanya. – myMetro Online

Tags: kad rayakanak-kanakZulkifli Mohamad Al-Bakri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd