• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Zahir Pengiktirafan Terhadap ‘Frontliners’

oleh
22/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan dan pengiktirafan terhadap semua petugas barisan hadapan dalam memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Bercakap pada sidang video kira-kira 30 minit bersama barisan hadapan negara yang terlibat dalam menangani Covid-19, Muhyiddin berkata, pengiktirafan berkenaan bukan sahaja diberikan di negara malah di peringkat antarabangsa.

“Usaha yang telah dilakukan ini telah memberi kesan. Ini adalah sesuatu yang kita patut berbangga bahawa Malaysia antara yang terbaik di dunia dari segi pengurusan wabak Covid-19.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Saya rasa ia satu pengiktirafan, kredit (penghargaan) kepada semua yang terlibat dan bekerja keras selama ini,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata, pengurusan kesihatan Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia.

“Ini satu kredit yang saya cukup bangga dan saya kira ini satu contoh bahawa memang kita berupaya sebab itu walaupun nampaknya graf (Covid-19) sudah menurun tetapi belum sampai ke paras mendatar,” katanya.

Muhyiddin berkata, inisiatif berkenaan perlu diteruskan “rakyat harus ke depan untuk memainkan peranan juga, jadi saya hendak ucapkan terima kasih kerana berpeluang bercakap secara santai.”

Beliau sekali lagi mengiktiraf peranan dan sumbangan besar yang dimainkan oleh semua pihak untuk membantu meletakkan Malaysia di satu keadaan yang lebih baik daripada masa-masa lepas.

Sidang video itu disertai wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Tags: Covid-19frontlinerskoronavirusMuhyiddin Yassin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd