• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Ucap Selamat Hari Wesak

oleh
07/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha di seluruh negara.

Perdana Menteri yakin penganut Buddha akan tetap dapat memperingati Hari Wesak bersama keluarga, meskipun perlu menyambutnya dalam suasana mencabar ketika ini, berikutan penularan wabak COVID-19.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Saya faham bahawa Hari Wesak kali ini disambut dalam keadaan yang mencabar oleh kerana kita sedang menempuh fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dalam usaha kita memerangi wabak COVID-19.

“Tetapi, saya percaya bahawa saudara saudari penganut agama Buddha akan tetap dapat memperingati Hari Wesak bersama-sama ahli keluarga.

“Sambutan ini sudah tentu akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, selain dapat mencegah jangkitan COVID-19 yang sedang mengancam kehidupan normal kita,” katanya dalam video ucapan yang dimuat naik di Facebook rasminya sempena sambutan Hari Wesak.

Muhyiddin menyifatkan perayaan Hari Wesak itu membuktikan prinsip dan amalan beragama sentiasa dihormati dan dihayati seluruh rakyat Malaysia.

Perdana Menteri berkata, Hari Wesak adalah waktu untuk semua penganut agama Buddha menghayati nilai toleransi, kasih sayang dan khidmat kepada kemanusiaan, yang terkandung dalam ajaran dan kehidupan Buddha.

“Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak bersama keluarga kepada semua penganut Buddha di Malaysia.

“Semoga kita semua terus hidup bersama-sama dalam kedamaian dan harmoni. Selamat Hari Wesak, Malaysia,” katanya.

Tags: Hari WesakMuhyiddin Yassinpenganut Buddha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd