• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Dengar Keluh Kesah Petugas Barisan Hadapan

oleh
22/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa bertanya khabar, mendengar keluh kesah dan permintaan petugas barisan hadapan negara menerusi sidang video.

Menzahirkan penghargaan kepada mereka yang bertugas bertungkus lumus memerangi wabak COVID-19, Muhyiddin turut tidak lupa memberkan kata-kata semangat kepada mereka.

“Saya nak ucapkan terima kasih kerana berpeluang bercakap secara santai (dengan wakil petugas barisan hadapan) dan saya sekali lagi iktiraf peranan dan sumbangan besar yang saudara-saudari telah mainkan untuk membantu meletakkan Malaysia di satu keadaan yang lebih baik daripada masa-masa yang lepas,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Dalam sidang video kira-kira 30 minit itu, Perdana Menteri sempat berbual-bual dengan wakil petugas barisan hadapan, iaitu Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Selain itu, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Datuk Roslan Wahab; Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Laksamana (M), Datuk Mohd Zubil Mat Som; Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia, Kamarudin Mohd Rapig dan Pegawai Kesihatan Putrajaya, Dr Zainal Abidin Abu Bakar.

Muhyiddin turut berseloroh dengan berkata, “Jadi sekali lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya dan kalau makan ketupat tu jangan lupa saya dan makan kuih pun begitu juga.

“Tapi almaklum tak boleh pergi ke mana-mana, tetapi saya harap semua dalam keadaan sukacita, relaks sikitlah kalau boleh dan lepas ini kita akan bertemu lagi di masa-masa akan datang. Selamat Hari Raya kepada semua, maaf zahir dan batin,” katanya.

Ini bukan kali pertama sidang video Perdana Menteri bersama petugas barisan hadapan diadakan.

Sebelum ini mengambil semangat amalan normal baharu dan penjarakan sosial seperti digalakkan kerajaan kepada rakyat untuk diamalkan, Muhyiddin pernah mengadakan sidang video bersama petugas kesihatan Hospital Sungai Buloh.

Tags: frontlinersMuhyiddin Yassinpetugas barisan hadapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd