• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Baik Waspada Walau Ziarah Raya Dibenarkan

oleh
22/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berwaspada dalam sebarang urusan yang ingin dilakukan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini walaupun ada perkara yang telah mendapat kebenaran pihak berwajib.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, dalam situasi negara yang sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 ini lebih wajar jika orang ramai berhati-hati (elak) agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Contohnya, soal ziarah kubur pada hari raya. Perkara itu (ziarah kubur) tidak menjadi masalah jika orang ramai patuh SOP (Prosedur Operasi Standard) yang ditetapkan dari segi penjarakan dengan bilangan yang tidak ramai. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri juga ada jelaskan, ia boleh cuma tidak digalakkan.

“Namun terpulang kepada arahan dikeluarkan oleh negeri masing-masing kerana jika arahan ziarah kubur itu tidak dibenarkan (di sesetengah negeri) ia dibuat dengan matlamat untuk menghindari jangkitan wabak Covid-19,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan mengenai kewajaran aktiviti ziarah hari raya serta melawat kubur ketika negara berdepan Covid-19, ketika ditemui selepas majlis sumbangan barangan keperluan asas untuk ‘JAWI Food Bank’ yang disampaikan Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian di Kompleks Pusat Islam di sini.

Mengulas lanjut Dr Zulkifli berkata, jika terdapat perkara yang di antara keduanya iaitu ‘larangan dan kebenaran’ masyarakat diseru untuk memilih bersikap waspada sebagai langkah berjaga-jaga.

“Sama juga dengan aktiviti berziarah mengunjungi saudara terdekat pada hari raya, walaupun ada SOP dengan jumlah ditetapkan, namun bagi mengelakkan isu-isu (lain) timbul lebih baik duduk di rumah sahaja,” katanya.

Terdahulu Dr Zulkifli menerima barangan keperluan asas bernilai RM200,000 sumbangan Kedutaan Besar China untuk ‘JAWI Food Bank’ yang akan diagihkan antaranya kepada golongan asnaf, saudara baharu, dan golongan bukan muslim yang memerlukan.

Sumbangan daripada Kedutaan China itu berupa 2,500 pek barangan makanan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, minyak, biskut raya dan 6,000 beg beras.

Tags: Hari Raya Aidilfitriperintah kawalan pergerakan bersyaratziarah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  Menyambut Aidilfitri ketika perlu bekerja memang mencabar—tetapi dengan sedikit perancangan dan mindset yang betul, anda masih boleh menikmati...

Arab Saudi Rasmi Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

Arab Saudi Rasmi Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

19/03/2026
0

RIYADH – Kerajaan Saudi secara rasmi mengumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1447 Hijrah akan disambut pada Jumaat, 20...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd