• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Turun, Mungkinkah Petugas KKM Boleh Rehat?

oleh
06/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Memasuki hari ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini, orang ramai dilihat mula menyambung aktiviti harian, yang mungkin banyak tergendala sebelum ini.

Ketika ini petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mungkin boleh menarik nafas lega sedikit, kerana kerana jumlah kes COVID-19 semakin berkurang, berbanding keadaan sejak beberapa minggu lepas.

Di premis antaranya bank, pajak gadai dan kedai menjual barangan bakeri, orang ramai dilihat beratur dengan mengamalkan jarakan sosial, memakai pelitup muka serta sabar menanti giliran untuk melakukan urusan masing-masing.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Amalan normal baharu rakyat itu mendapat pujian Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana anggota masyarakat mampu membuat kawalan diri, sekali gus tidak mencetuskan keadaan yang teruk ketika bermulanya pelaksanaan PKPB pada Isnin lepas.

Pemilik premis perniagaan juga mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sekiranya amalan ini berterusan, usaha memulihkan ekonomi negara serta perjuangan mengekang wabak COVID-19 yang sehingga kini mencatatkan 6,383 kes dan 106 kematian, mampu menempuh kejayaan yang diharapkan.

Pematuhan SOP bukan hanya mampu mengelak daripada dijangkiti virus, malah secara tidak langsung membantu petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus membendung wabak COVID-19, sejak beberapa bulan lepas.

Selepas kira-kira lima bulan berjuang, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa menyatakan pihaknya akan memberikan rehat kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan selepas kes positif COVID-19 semakin berkurang.

Dr Noor Hisham menyebut ia juga sebagai langkah bagi anggota itu untuk terus bertahan jika terdapat peningkatan kes, yang diharap tidak akan berlaku hasil pematuhan orang ramai terhadap SOP ditetapkan.

Tags: Covid-19KKMperintah kawalan pergerakan bersyaratpetugas kesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd