• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemasukan Pelajar Baharu UA, IPTS Mulai 1 Julai

oleh
28/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemasukan pelajar baharu universiti awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi sesi akademik 2020/2021 akan bermula seawal 1 Julai depan.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi satu kenyataan, memaklumkan proses itu bagaimanapun akan dilakukan secara berperingkat dan tetap tertakluk kepada tarikh penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, kemasukan pelajar peringkat sijil dan diploma ke Politeknik serta Kolej Komuniti diperuntukkan seawal 1 Julai, disusuli kemasukan pelajar asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda ke IPTS seawal tarikh sama.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“KPT membenarkan pelajar baharu bagi sesi akademik 2020/2021 di semua UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti bagi kemasukan ke peringkat sijil, asasi dan diploma untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Selain itu, kemasukan ke peringkat ijazah sarjana muda bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf. Selepas itu, kemasukan pelajar asasi dan diploma di UA seawal 1 Ogos.

“Kemudian, kemasukan pelajar ijazah sarjana muda dan pasca siswazah mod penyelidikan di UA dan IPTS seawal 1 Oktober,” kata kementerian berkenaan.

Bagi memastikan segala urusan berjalan lancar, KPT mengarahkan proses terbabit mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan mengutamakan langkah keselamatan serta penjarakan sosial, selain turut tertakluk kepada arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

KPT memaklumkan, perkara itu diluluskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 Mei lalu berhubung pengendalian aktiviti akademik di kampus IPT semasa dan pasca PKP.

Perkara lain diluluskan, katanya, adalah menetapkan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) hendaklah dilaksanakan secara dalam talian sehingga hujung tahun ini dan tidak dibenarkan secara bersemuka.

“Bagaimanapun, terdapat pengecualian diberikan kepada lima kategori pelajar berkeperluan untuk pulang ke kampus secara berperingkat bagi melaksanakan PdP,” kata kenyataan terbabit.

Kategori pertama, KPT membenarkan pelajar pasca siswazah mod penyelidikan di UA dan IPTS menyambung penyelidikan dengan kadar segera atau serta-merta.

“Kelonggaran ini hanya diberikan kepada pelajar yang berkeperluan hadir secara fizikal ke makmal, bengkel, studio reka bentuk atau memerlukan peralatan khusus bagi menjalankan penyelidikan,” katanya lagi.

Bagi kategori kedua hingga lima, KPT menjelaskan, ia tertakluk kepada tarikh penamatan PKPB.

Kategori kedua, pelajar semester atau tahun akhir pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda yang perlu melaksanakan kerja klinikal, latihan amali, makmal, bengkel, studio reka bentuk, praktikal atau perlukan peralatan khusus yang dibenar melaksanakan PdP di kampus seawal 1 Julai.

“Kategori ketiga, pelajar semester atau tahun akhir yang tiada akses yang diperlukan dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian yang dibenarkan pulang ke kampus seawal 1 Julai dan menggunakan infrastruktur di kampus bagi PdP secara dalam talian,” katanya.

Kategori keempat, pelajar berkeperluan khas program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik serta Kolej Komuniti yang perlu bimbingan secara bersemuka bagi melaksanakan PdP kerana masalah pembelajaran yang dibenarkan pulang ke kampus seawal 1 Ogos.

Kategori kelima adalah kemasukan pelajar baharu UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti bagi sesi akademik 2020/2021.

Tags: iptsKolej KomunitiPoliteknikUniversiti Awam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Istiwa’ A’zam Tentukan Arah Tepat Kiblat

Next Post

COVID-19 Surut Tapi Belum Berakhir

Related Posts

Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian

Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian

11/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian bertujuan untuk meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat mengenai keselamatan internet, akan dilaksanakan di...

OKU Lepasan Politeknik Kini Ketua Cef Pastri Restoran Terkenal

OKU Lepasan Politeknik Kini Ketua Cef Pastri Restoran Terkenal

31/07/2024
0

JIKA anda menetap di sekitar Seremban, Negeri Sembilan atau daerah berjiran iaitu Sepang, Selangor, nama Gastrohub Restaurant & Event Space...

Next Post

COVID-19 Surut Tapi Belum Berakhir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd