PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan memaklumkan nilai ‘R naught’ (R) atau kebolehjangkitan COVID-19 bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berada pada tahap 0.3.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata nilai R itu merekodkan penurunan berbanding 3.5 pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada 18 Mac lalu.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
“Penurunan ini susulan impak positif tindakan diambil kerajaan dan dibantu dengan pematuhan masyarakat, selain ia boleh dikurangkan lagi jika langkah pencegahan berterusan dijalankan dalam kalangan orang ramai.
“Bagaimanapun, nilai ini boleh meningkat semula jika masyarakat leka dan langkah pencegahan tak diendahkan. Menurunkan nilai R kurang daripada 1 secara berterusan akan membantu mengakhiri sesuatu wabak,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. – BH Online