• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Balik Dari Kampung Guna Kenderaan Awam

oleh
05/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang meneliti untuk membenarkan rakyat yang terkandas di kampung dan berhasrat pulang ke kediaman masing-masing menggunakan pengangkutan awam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata buat masa ini hanya kenderaan persendirian dibenarkan untuk perjalanan rentas negeri bagi tujuan itu.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kenderaan persendirian sudah ditetapkan, tetapi kenderaan (pengangkutan) awam, polis sedang membuat kajian secara terperinci jumlah kenderaan awam diperlukan kerana pergerakan antara negeri masih tidak dibenarkan.

“Oleh itu, pengangkutan awam seperti bas ekspres dan sebagainya belum ada lagi.

“Saya percaya polis sedang meneliti perkara ini dan bagaimana nak selesaikan isu ini supaya mereka boleh pulang guna pengangkutan awam,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menjawab mengenai peserta Program Malaysia My Second Home (MM2H), Ismail Sabri berkata, mereka yang akan pulang ke negara ini suatu hari nanti akan tetap menjalani proses kuarantin wajib.

“Saya percaya mereka akan pulang (ke Malaysia) suatu hari nanti dan kepulangan mereka sama sahaja dengan rakyat negara kita iaitu mesti dikuarantin wajib selama 14 hari,” katanya. – BH Online

Tags: balik kampungkenderaan awamrentas negeri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

LLM Jangka 3.49 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri

LLM Jangka 3.49 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri

17/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan sebanyak 3.49 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya utama di seluruh negara...

Plaza Tol Gombak Sesak, Ramai Mula Pulang Ke Kampung

Plaza Tol Gombak Sesak, Ramai Mula Pulang Ke Kampung

18/04/2023
0

PETALING JAYA – Plaza Tol Gombak mula dibanjiri kenderaan bagi orang ramai pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri tidak lama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd