• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Daftar Nama Dan Nombor Telefon Palsu

oleh
18/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jangan letak maklumat seperti nama ‘Badang’, ‘Superman’ dan ‘Batman’ serta nombor telefon palsu ketika membuat pendaftaran di premis perniagaan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Menurut beliau, tindakan meletakkan nama dan nombor telefon palsu boleh menyebabkan pengunjung sukar dihubungi sekiranya terdapat kes positif COVID-19 di premis terbabit.

“Saya difahamkan ramai yang tidak memberi nama dan nombor telefon betul seperti guna nama ‘Badang’, Superman dan Batman. Jadi kalau terjadi apa-apa, kita sukar hubungi mereka.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Saya harap kepada pengunjung, sila letak nama sebenar (kerana) sekiranya ada kes-kes kecemasan yang berkaitan kes-kes positif COVID-19 di tempat itu, (mereka) mudah untuk dihubungi,” katanya dalam sidang media harian di sini hari ini.

Ujarnya, tiada keperluan untuk meletakkan nombor kad pengenalan dan alamat rumah ketika mendaftar masuk bagi mengelakkan maklumat disalah guna oleh orang yang tidak bertanggunjawab.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengumumkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan esok bagi mengawal kenaikan harga barangan keperluan menjelang sambutan Aidilfitri minggu depan.

“Menteri berkaitan (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi memaklumkan kepada saya mengenai pengumuman itu. Skim itu bukan sahaja tertumpu kepada harga ayam malah pelbagai barangan keperluan lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta peniaga mematuhi skim tersebut memandangkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) permintaan ayam berkurangan disebabkan tidak banyak restoran beroperasi.

Katanya, Skim Kawalan Harga Musim Perayaan merupakan mekanisme terbaik bagi mengelak mana-mana pihak mengambil kesempatan dengan menaikan harga barang keperluan.

Mengenai status bekalan makanan, Ismail Sabri memberi jaminan bekalan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan serta mudah diperoleh.

“Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) turut melaporkan status semasa bekalan makanan seperti daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan serta beras berada pada tahap stabil dan mencukupi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata masih terdapat 7,384 pelajar dari Sabah yang belum dihantar pulang dari kampus IPT di Semenanjung kerana pusat kuarantin yang disediakan kerajaan negeri tidak dapat menampung jumlah kepulangan pelajar untuk menjalani kuarantin wajib 14 hari.

“Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi bersama Kerajaan Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk mewajibkan setiap pelajar yang ingin pulang menjalani ujian swab COVID-19, sebelum mereka berlepas pulang.

“Bagi mereka yang disahkan negatif COVID-19 akan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan. Manakala bagi yang disahkan positif, mereka akan dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Tags: Covid-19namanombor telefonpalsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd