• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahaya Jangkitan Covid-19 Masih Terdapat Dalam Masyarakat

oleh
19/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran bahawa masih terdapat bahaya jangkitan Covid-19 dalam masyarakat meskipun jumlah kes semakin menurun.

Justeru Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai perlu melindungi diri mereka, ahli keluarga dan masyarakat daripada dijangkiti wabak itu.

“Harus diingati bahawa walaupun jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah semakin menurun, namun masih terdapat bahaya jangkitan dalam kalangan masyarakat.

“Oleh itu, kita mesti menjaga diri kita, keluarga an juga komuniti daripada jangkitan Covid-19,” katanya pada sidang media perkembangan terkini kes Covid-19 di KKM di sini hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurutnya, bersempena Aidilfitri yang dijangka Ahad ini, KKM menyeru orang ramai agar mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti membeli-belah di tempat sesak dan sempit.

“Elakkan mengunjungi tempat di mana penjarakan sosial sukar diamalkan,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa juga digesa untuk mengelak membawa kanak-kanak atau bayi ke pusat membeli-belah serta tempat awam yang sesak bagi melindungi mereka daripada risiko jangkitan Covid-19.

“Meskipun ramai pembeli dan peniaga yang akur kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, masih terdapat segelintir masyarakat yang didapati tidak acuh dan secara terang-terangan melanggar SOP yang telah ditetapkan di pusat beli-belah, kedai runcit dan lain-lain pusat pembelian,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, ketidakpatuhan terhadap SOP oleh segelintir masyarakat masih membimbangkan.

“Imej dan video yang ditularkan menunjukkan di media sosial masyarakat yang tidak patuh kepada SOP,” katanya.

Menurutnya, orang ramai diingatkan supaya patuh kepada 3S seperti disarankan oleh KKM iaitu elakkan kawasan yang sesak, kawasan sempit dan elak bersembang dengan jarak dekat.

“Selain itu, amalkan 3W iaitu kerap cuci tangan, pemakaian topeng muka sangat digalakkan selain elak bersalaman dan amalkan etika batuk dan bersin,” katanya.

Tags: Covid-19KKMkoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd