• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Ziarah Hanya Pada Hari Raya Pertama

oleh
13/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA 20 individu sehari dibenarkan untuk menziarah pada perayaan hari pertama Aidilftri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam memutuskan bahawa aktiviti ziarah dihadkan bagi perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak.

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan juga perlu dipatuhi sepenuhnya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Mesyuarat khas MKN putuskan untuk hadkan aktiviti iaitu hari pertama sahaja. Ia adalah untuk ahli keluarga terdekat dan tak lebih 20 individu dalam satu masa.

“Jumlah itu juga perlu mengambil kira keluasan rumah. Sebagai contoh rumah flat yang berukuran 600 kaki persegi, sudah tentu jumlah itu dalam satu masa adalah ramai dan tidak boleh penjarakan sosial jadi mungkin boleh masuk lima individu setiap kali tetapi maksimum tetap 20 orang sehari,” katanya.

Menurutnya, SOP ketika berkunjung juga perlu diikuti iaitu mengunakan pensanitasi tangan atau basuh tangan ketika melawat.

“Mereka digalakkan memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial. Jangan makan berbagi, biasalah bila adik beradik apa dia makan kita pun makan. Kita cuba tahun ini.

“Saya ingin ingatkan bila kita kenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah untuk kita kekal berada di rumah untuk elak diri dari bertembung dengan orang ramai. Walaupun sudah longgar untuk beraya tetapi kita sendiri perlu disiplin untuk elak jumpa ramai orang,” katanya.

Beliau mengambil contoh kejadian di Bahrain apabila ada keluarga yang terdiri daripada 16 individu menghadiri majlis berbuka puasa yang akhirnya menyebabkan mereka semua dijangkiti wabak Covid-19.

“Saya juga mengambil contoh di New Jersey, Amerika Syarikat yang hanya terdiri empat orang berkumpul untuk jamuan makan dan akhirnya mereka semua meninggal dunia kerana Covid-19.

“Ya kita benar tetapi kita kena jaga diri sendiri. Berayalah dengan keluarga sahaja. Walaupun keluarga terdekat datang, kita sendiri kena ambil pendirian dan ketetapan. Golongan berisiko tinggi adalah warga emas, katalah kita berjumpa nenek berusia 80 tahun dan kehadiran kita bahaya untuk mereka,” katanya. – myMetro Online

Tags: AidilfitriHari Gawai DayakPesta Kaamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd